Showing posts with label MYMETRO. Show all posts
Showing posts with label MYMETRO. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Samsung S IV Telefon pintar boleh lipat?

PENGGUNAAN OLED membolehkan telefon bombit dilipat.
PENGGUNAAN OLED membolehkan telefon bombit dilipat. 
 
Samsung yakin ia dapat dipasarkan pada separuh pertama tahun depan.
 
Samsung yakin ia dapat dipasarkan pada separuh pertama tahun depan.
SEOUL: Kedatangan tahun baru tidak lama lagi mungkin turut menampakkan peralihan terkini kepada evolusi telefon pintar.

Syarikat Samsung dilaporkan semakin gigih menghasilkan telefon bimbit menggunakan skrin fleksibel dan tahan pecah sehingga ia boleh dilentur, digulung atau dilipat untuk disimpan dalam dompet. Menurut media, syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu kini dalam peringkat akhir pembangunan telefon pintar fleksibel itu dan dijangka sedia untuk dipasarkan tahun depan. Penemuan terbaru itu dibuat hasil penggunaan diod pemancar cahaya organik (OLED) yang amat nipis dan boleh dipasang pada bahan seperti plastik atau lingkaran tembaga. Sambung bukan satu-satunya syarikat yang membuat pelaburan besar dalam penyelidikan menghasilkan skrin menggunakan OLED.

Selain Samsung, syarikat dari Jepun, Sony, serta LG Display - juga dari Korea Selatan - turut melancarkan prototaip seumpama itu. Bagaimanapun, Sambung menjadi syarikat pertama menjanjikan tarikh pengeluarannya dengan sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu Wall Street Journal, produk berkenaan akan dipasarkan pada separuh pertama 2013.

Melihat kepada tarikh pelancaran produk penting dalam siri S Samsung itu, pemerhati berpendapat, produk teknologi skrin fleksibel berkenaan mungkin dinamakan S4. Penghasilan itu dibuat ketika pengeluar telefon pintar dan tablet mencari jalan mencipta produk berbeza daripada apa yang ada di pasaran. Pengarah Telefon Bimbit dan Paparan Baru IHS Electronics and Media, Vinita Jakhanwal, berkata AMOLED fleksibel boleh membantu Sambung menghasilkan produk unik di pasaran. - DM

Wednesday, October 24, 2012

120 penampar dalam 30 minit!!!

RAKAMAN video menunjukkan guru wanita (membelakangkan kamera) menampar seorang daripada muridnya. 

BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.
Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan. - DM

Monday, July 23, 2012

Video Serangan Puak Rakhine Terhadap orang Islam Rohingya di Arakan, Myanmar


Video eksklusif serangan puak Rakhine di Myanmar

 

 Baca artikel berita "Lebih 1000 Orang Islam Rohingya Disembelih!!!"

 

Lebih 1000 Orang Islam Rohingya Disembelih!!!

Artikel dari hmetro.com.my

‘Tolong selamat kami’

Oleh Tuan Asri Tuan Hussein

YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.


BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.
Lihat " Video Serangan Puak Rakhine Terhadap orang Islam Rohingya di  Arakan, Myanmar "

Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.

Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).

Wednesday, July 18, 2012

Gadis Jual Tubuh Semata-mata Untuk Bergaya Dengan Gajet Terkini

Gambar dari hmetro.com.my

Jual tubuh demi gajet

Oleh Mary Victoria Dass dan Mahaizura Ab Malik
am@hmetro.com.my
 
JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.

Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.

Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.

“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.

(untuk berita selanjutnya...dapatkan akhbar Harian Metro)

Tuesday, July 3, 2012

'Cannibal' Attack at Wenzhou, China || Serangan "Kanibal" di Wenzhou, China

https://shrinkme.io/CannibalAttack

Chinese 'cannibal' attack caught on video as drunken bus driver chews off woman's face
The incident is the latest in a string of worldwide 'cannibal' attacksBy John Hall : Monday 02

July 2012 http://www.independent.co.uk

A drunken bus driver left a woman needing plastic surgery after leaping on her and chewing her face, in the latest in a string of worldwide 'cannibal' attacks.

The entire incident, which took place last Tuesday in the city of Wenzhou in south eastern China, was caught on camera and posted on YouTube.

The bus driver, named locally as Dong, had apparently been drinking heavily during a lunch with friends before running out into a busy street and stopping traffic.

He proceeded to jump onto the bonnet of a car driven by his victim, identified as ‘Du’, and hammer on the windscreen while Du sat inside screaming.

https://shrinkme.io/CannibalAttack
The bus driver, named locally as Dong, had apparently been drinking heavily during a lunch with friends before running out into a busy street and stopping traffic.

As Du scrambled out of the car to escape, Dong chased after her, catching her and biting her face. As the two fell to the ground, Dong continued to chew on her face, leaving Du with major damage to her nose and lips.
Passers-by said they attempted to pull Dong off Du, but said he was so ‘crazed’ that they were unable to. Eventually police arrived at the scene and restrained and arrested him.
The attack is the latest in a string of ‘face chewing’ incidents around the world.
(Read More at www.independent.co.uk/news/world/asia

https://shrinkme.io/CannibalAttack


MyMetro Global :

Cuba kunyah muka wanita 

WENZHOU: Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.
Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.

Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.
Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.


Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.

Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.

Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. - AP

Wednesday, June 13, 2012

Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

NAMA Oki Setiana Dewi tentunya sudah tidak asing di kalangan penonton tempatan. Apatah lagi, bagi yang sudah menonton lakonannya dalam filem dan sinetron popular Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) karya Habiburrahman El Shirazy. Watak Anna Althafunnisa nyata cukup mempopularkan Oki.

Baru berusia 23 tahun, gadis yang tampil menutup aurat ini matang berbicara.
Setiap patah katanya, jelas menonjolkan dia seorang yang berilmu. Tanpa berlindung, Oki memaklumkan kedatangannya ke negara ini adalah untuk berkongsi kisah penghasilan dua novel karyanya dan pengalaman sebagai penulis.


Menghasilkan novel Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi dan Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi, anak kelahiran Batam, Indonesia itu yang ditemui pada majlis ramah mesra bersamanya di Spice Garden, Chulan Square, Kuala Lumpur kelmarin, mengakui sambutan yang diterimanya sangat baik.

“Novel pertama, Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi mengisahkan perjalanan hidup saya daripada seorang gadis biasa sehinggalah dikenali ramai selepas membintangi filem KCB. Dalam setahun penjualannya di Indonesia, novel ini menjadi antara karya yang laris di pasaran dan sudah lapan kali cetakan semula.


NUKILAN SAYA...Oki menunjukkan dua novel tulisannya, Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi dan Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi.

“Manakala, novel Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi pula baru tiga bulan berada di pasaran Indonesia dan sudah empat kali cetakan semula. Saya sangat bersyukur dengan penerimaan baik pembaca terhadap kedua-dua novel ini yang dihasilkan menerusi pengalaman yang pernah saya lalui.

“Bagi novel Sejuta Pelangi, saya menulis kisah diri ini bersama masyarakat.
Antaranya, pengalaman mendekati seorang kanak-kanak pesakit kanser, bertemu orang di rumah sakit jiwa serta banduan yang dipenjarakan. Berada di sisi mereka, saya tidak menyangka golongan ini cukup tabah menghadapi dugaan Tuhan.


TENANG...Oki ramah memberi jawapan pada setiap soalan wakil media kepadanya.

“Mereka memberi saya inspirasi dan pengajaran dalam hidup. Ia membuatkan saya mahu lebih memahami agama yang dianuti dan dekat dengan Sang Pencipta. Justeru, dengan sokongan baik yang diterima daripada golongan banduan, saya mengambil inisiatif menganjurkan kelas mengaji al-Quran di penjara.

“Aktiviti ini (ajar mengaji) sudah saya lakukan beberapa bulan yang lalu. Bagi saya, daripada menghabiskan masa dengan hanya mengambil gambar bersama saja adalah lebih baik diadakan majlis ilmu yang memberi manfaat untuk kami semua.

Secara tidak langsung, saya dan mereka (banduan) dekat dengan Allah,” katanya.

Oki yang bertudung pada usia 16 tahun berkata, atas sambutan baik diterimanya, dia akan melancarkan novel ketiga Cahaya Di Atas Cahaya tidak lama lagi.

Katanya inspirasi untuk penghasilan novel itu diperoleh ketika dia melanjutkan pengajian selama sebulan di Universiti Ummul Qura, Makkah pada Februari lalu.

Mengakui dirinya seorang yang begitu cintakan ilmu, Oki menyifatkan semakin dia gigih mencari ilmu, sebenarnya masih banyak yang belum diketahui. Ujar anak sulung daripada tiga beradik ini, ilmu Allah itu cukup luas dan takkan pernah habis diperoleh. Katanya dia akan sentiasa terus belajar.

Berbicara mengenai watak Anna Althafunnisa lakonannya, Oki berkata sudah empat tahun dirinya cukup dikenali peminat dengan nama itu. Jelasnya, dia tidak kisah dipanggil Anna sampai bila-bila pun. Menurut Oki, dia menjadi sangat jatuh cinta pada agama Islam yang dianuti sejak mendapat peluang membintangi KCB.


CINTA ILMU...Oki lanjutkan pengajian di Universiti Ummul Qura, Makkah pada Februari lalu selama sebulan.

“KCB membawa impak yang besar dalam diri saya terhadap agama. Saya sentiasa berdoa kepada Allah dan berusaha mahu menjadi manusia yang baik. Saya bersyukur dipilih melakonkan watak Anna dalam KCB yang cukup memotivasikan diri ini.
Memang impian saya pun menjadi Anna di dunia yang nyata.

“Sebelum berlakon dalam KCB, saya sudah pun membaca novelnya. Saya suka dengan watak Anna itu yang digambarkan sebagai seorang wanita yang baik. Malah, apabila diberi kepercayaan melakonkannya, saya banyak pula belajar mengenai ilmu rumah tangga walaupun saya belum berkahwin,” katanya.

Menerusi KCB juga, Oki meraih anugerah Pendatang Baru Wanita Terbaik Indonesian Movie Award 2010 dan Pendatang Baru Wanita Favorit Indonesian Movie Award
2010. Pun begitu, sikap Oki yang profesional membuka peluang untuk wakil media mengetahui sedikit kisah peribadinya seperti impian perkahwinan.

Oki berkata, dia adalah seorang wanita yang berharap dapat bertemu jodoh pada usia muda. Katanya, dia bersyukur sekiranya impian itu tertunai dan calon terpilih pula direstui kedua-dua ibu bapanya.

Sehubungan itu, lakonan Oki boleh disaksikan penonton dalam pakej Indo Pek
di Saluran Bintang (141) dan Pelangi (142).

Tuesday, June 5, 2012

‘Bayi ajaib’ terselamat - Kota Samarahan

REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta empat orang lain. Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital. 


‘Bayi ajaib’ terselamat

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ‘bayi ajaib’ itu menangis di atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu.
Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing selepas dirempuh sebuah kereta.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.

Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar.

**Beli surat kaba metro aritok or surat kaba tempatan mun mok baca lebih lanjut (^_^)

Sunday, June 3, 2012

"1 Lunatic 1 Ice Pick" Video Seorang Gay Membunuh Kekasihnya Dengan Kejam!! **UPDATE DOWNLOAD LINK**

Luke Magnotta kini diburu seluruh eropah

File : 1 Lunatic 1 Ice Pick || Format : flv || Size : 22MB

dari MyMetro Ahad :

Kanibal gay diburu di Eropah

LONDON: Seorang lelaki yang merakam gambarnya ketika memotong mayat kekasih sebelum menghantar bahagian tubuh mangsa kepada ahli politik di Kanada, kini diburu di seluruh Eropah.
Luke Magnotta yang disyaki melakukan kanibalism, berlepas dari Kanada ke Perancis selepas memuatnaikkan rakaman pembunuhan itu di Internet.
Polis Britain bimbang bintang porno berkenaan kini berada di negara itu.

Enam bulan lalu, dia menginap di sebuah bilik di Fusilier Inn, Wembley, di London Utara, ketika datang untuk bersiar-siar ke negara itu. 

Mangsa Lin, 33 kekasih Magnotta

Ketika di Britain, dia disoal oleh wartawan selepas memuatnaikkan filem dalam Internet yang menunjukkan seekor ular diberi makan seekor anak kucing.

Dalam e-mel kepada akhbar The Sun pada Disember lalu, dia berkata: “Anda akan mendengar lebih banyak lagi daripada saya. Selepas ini, mangsa bukanlah haiwan yang kecil.”

Dia juga memberi amaran serupa kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Semalam, ketika 190 negara menyertai operasi memburu Magnotta, polis Kanada mengenal pasti mangsa sebagai Lin Jun, pelajar China yang belajar di Montreal.

Polis berkata, Lin, 33, menjalinkan hubungan dengan Magnotta, 29.

Penyiasat di Perancis memberitahu akhbar The Mail, Magnotta berlepas dengan pesawat dari Kanada ke Paris Sabtu lalu.

Pembunuhan dipercayai berlaku sehari sebelum itu.

Kaki mangsa dilapor sampai di ibu pejabat Parti Konservatif di Ottawa pada Selasa dan tangan dihantar ke pejabat Parti Liberal negara itu.

Seorang penyiasat Perancis berkata: “Magnotta taksub dengan Menara Eiffel dan Moulin Rouge dan yakin dia boleh bersembunyi di negara yang disukainya.”

Ketua Polis Montreal, Ian Lafreniere berkata, pihaknya kini menyiasat dengan melayari Internet memandangkan Magnotta menggunakan beberapa laman sosial untuk meluahkan rasa bangga kerana dapat melarikan diri.

Lafreniere juga memberi amaran, lelaki itu bijak menyamar diri, termasuk menyerupai wanita dengan memakai rambut palsu.

Polis berkata, Lin tiba di Montreal Julai lalu dan belajar di Universiti Concordia.

Keluarganya terputus hubungan dengannya sejak 24 Mei.

Beberapa hari kemudian, pekerja menemui sebahagian mayat dalam beg pakaian berhampiran apartmen Magnotta dan beberapa lagi dalam flat lelaki itu.

Video pembunuhan itu berdjudul ‘1 Lunatic 1 Ice Pick’ menunjukkan seorang lelaki diikat pada katil, ditikam dan dipotong dengan pisau dan pemecah ais. - DM

Preview video tersebut :
File : 1 Lunatic 1 Ice Pick || Format : flv || Size : 22MB

untuk melihat Video ‘1 Lunatic 1 Ice Pick' sila lawati >> Kaki Ngeri "1-lunatic-1-ice-pick"

Wednesday, May 30, 2012

"Naga" Berjaya Ditangkap di Kuala Sungai Kerteh!!

Gambar dari myMetro

OTHMAN Abu Bakar, (dua kanan) bersama empat anaknya memegang ikan yang ditangkap oleh seorang nelayan pesisir pantai di Kuala Sungai Kerteh sepanjang 4 meter dan seberat 9 kilogram. Ikan tersebut menyerupai seekor naga walaupun berwarna putih kerana mempunyai sesunggut, kepala serta sirip berwarna merah dan kulit kasar seperti pari serta berduri di bawah badan. Foto: MASTURA MANAF (29/05/2012)

Friday, May 18, 2012

Askar Sukarelawan Siber Malaysia

Gambar dari myMetro


Perangi penggodam
Oleh Gaddafi Musli
gaddafi@hmetro.com.my


IPOH: Menubuhkan askar sukarelawan siber diterajui belia mempertahankan sistem komputer negara daripada ancaman penggodam luar antara resolusi dicapai pada Malaysian Cyber Conference (MCC) 2012 yang dihadiri 110 peserta terdiri daripada belia dan pengamal siber, di sini.
Pengarah Projek MCC, Afnan Afiq Alias berkata, isu keselamatan siber khususnya laman web rasmi kerajaan harus diambil perhatian berikutan kes penggodaman yang semakin serius.

“Dengan adanya sukarelawan siber, ancaman seperti ini dapat ditangani dengan lebih pantas di samping membantu agensi keselamatan siber menangkis serangan penggodam berniat jahat,” katanya.
Menurutnya kepakaran penggodam sering dipandang negatif berikutan tindakan beberapa pihak yang sering melakukan ‘defacement’ atau mengubah paparan utama laman web kerajaan.

“Pada pandangan saya, mereka sebenarnya hanya mahu mendedahkan kelemahan sistem keselamatan laman terbabit dan tidak mengganggu data yang disimpan. “Bayangkan jika pihak luar yang melakukan penggodaman dan menyalahgunakan data sulit yang disimpan,” katanya ketika ditemui.

Justeru, katanya, penubuhan pasukan ini perlu untuk membantu agensi kerajaan memantau keselamatan laman web mereka terutama yang menyimpan data sensitif.
Afnan memberi contoh kejadian godam membabitkan laman sebuah agensi penguat kuasa, baru-baru ini dengan data seperti pendapatan mengikut negeri didedahkan penggodam tidak bertanggungjawab.

“Saya menyeru belia khususnya yang mempunyai kepakaran godam menyertai MCC dan menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan sistem keselamatan siber negara,” katanya.
Sementara itu, Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi (ITYM), Khaireel Azlee Abdul Aziz yang juga antara tulang belakang MCC menjelaskan, tanggungjawab sukarelawan siber bukan sekadar menjadi benteng malah membentuk polisi membabitkan teknologi Komunikasi informasi (ICT) dan belia.

“Golongan ini dapat membantu kerajaan dengan memberikan maklum balas, cadangan serta kehendak mereka memudahkan proses penggubalan polisi,” katanya.

Turut diadakan dalam program berkenaan, forum yang membincangkan fenomena godam serta implikasinya terhadap masyarakat selain perbincangan bersama mengenai kaedah keselamatan siber.


**wahhhh..camney cara mok join tok?? (^_^) best!! best!! Pasukan ASSM

Tuesday, May 15, 2012

Akhbar METRO Mohon Maaf Isu Artikel ‘Ibuku isteriku, bapaku suamiku’

Klik untuk paparan imej lebih besar


Mohon maaf

KAMI merujuk laporan Metro Ahad berjudul ‘Ibuku isteriku, bapaku suamiku’ pada 13 Mei 2012. Kami mendapat maklum balas daripada segelintir pembaca menyatakan rasa kurang senang berhubung laporan berkenaan.

Walaupun berdasarkan tinjauan dan wawancara dengan individu tertentu, kami ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada masyarakat Sarawak, khususnya kaum Penan yang kurang senang dengan laporan itu. Tujuan kami menerbitkannya antara lain supaya pembaca mengambil iktibar serta mendapat pengajaran daripada kisah masyarakat dan bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak.


**Diharap pada masa akan datang akhbar Metro akan lebih berhati-hati dan memahami sensitiviti masyarakat.

"Tujuan kami menerbitkannya antara lain supaya pembaca mengambil iktibar serta mendapat pengajaran daripada kisah masyarakat dan bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak."

-untuk mengabil iktibar ngan pengajaran pa??? bukan smua orang nang tauk pasal sik boleh nikah sama keluarga dikpun ka?? cdak Penan tok pun ada adat dikpun yang melarang nikah sama keluarga dirik bah...hurmmm...

Monday, May 14, 2012

Berita MyMetro Ahad "Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku" Menghina Kaum Penan Sarawak!!!



Petikan dari Metro Ahad 13 - 05 - 2012

Oleh HADZLAN HASSAN
hadzlan@hmetro.com.my

ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.
Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.

Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.

**Apa motif penulis molah berita tok?? mun mok molah berita pasal rakyat Sarawak...polah lok kajian..dapatkan info² / fakta² yang betul..tok macam main sukati jak...

**Tok reaksi dari kamek orang...orang Sarawak!!

 klik untuk besarkan gambar



**Mintak pihak yang berkenaan untuk ambik perhatian benda tok...tok dah melibatkan sensitiviti rakyat Sarawak!

**Nang Bujat penulis berita ya!!!!

Wednesday, May 9, 2012

Kembali Kepada Zaman Kanak-kanak

 MICHAEL (kiri) dan Matthew bermain kereta api mainan. 
 
myMetro
 
LONDON: Sejenis penyakit yang menyebabkan usia penghidapnya berundur ke belakang menyebabkan pasangan adik beradik pertengahan umur kembali kepada zaman kanak-kanak mereka.

Bekas anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Michael Clark, 42, kehilangan tempat kediaman dan kini berkelakuan seperti budak 10 tahun.
Sementara adiknya, Matthew, 39, hilang pekerjaan di sebuah kilang dan mula berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 tahun, Lydia, yang kini mengandung.

Keadaan menyedihkan itu mempunyai persamaan dengan filem lakonan Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button, yang mengisahkan seorang lelaki tua kembali menjadi muda.


Pasangan adik beradik itu kini menghabiskan masa menonton siri The Smurfs, memakan keropok dan bermain permainan ular dan tangga.

Bapa, Anthony, 63, yang menjaga kedua-dua anaknya itu bersama isteri, Christine, 61, berkata: “Mereka berubah dari orang dewasa dengan berpekerjaan dan berumah tangga kepada keadaan kanak-kanak.

“Mathhew keluar beberapa hari lalu dan membeli set permainan kereta api.
Perkara yang menarik minat kanak-kanak menjadi minat mereka.”

Bekas pengawal penjara itu yang berasal dari Lincoln juga berkata: “Matthew sering berkelakuan teruk. Dia akan menjerit, ‘Saya tidak tahu apa yang saya lakukan.

“Tidak ada apa yang boleh kami lakukan untuk membantu mereka. Kami tidak berupaya.”

Kedua-dua beradik itu mula berkelakuan ganjil selepas ibu bapa mereka bersara dan berpindah ke Sepanyol pada 2007.

Keadaan semakin teruk tahun lalu apabila Michael diusir dari rumahnya dan hidup bergelandangan selama tiga minggu.

Pekerja sukarela yang bersimpati membawanya menemui seorang doktor sebelum pakar mengesahkan dia menghidap leukodistrofi.

Ujian lanjut mengesahkan, Matthew yang pernah bekerja dengan syarikat pembuat biskut, Walkers, juga menghidap penyakit itu.

Penyakit neurologikal atau kecelaruan saraf itu adalah perkara biasa di kalangan bayi yang baru lahir tetapi dihidap oleh kira-kira 100 orang dewasa di Britain.

Ia menyerang otak, sistem saraf dan saraf tunjang.

Kedua-dua beradik itu kini semakin hilang kemampuan untuk bercakap dan kini tidak boleh berjalan.

Mereka mudah buat perangai dan merangkak sekeliling rumah ibu bapa mereka yang terpaksa berhenti daripada persaraan untuk menjaga kedua-dua beradik itu.

Dalam filem The Curious Case of Benjamin Button, Brad Pitt memainkan peranan lelaki yang usianya mengundur ke belakang.

Ia bermula dengan seorang pembuat jam yang meratapi kematian anaknya pada 1918 dan memutarkan jam untuk mengundurkan masa. - Mirror
 

Wednesday, April 4, 2012

Dua Amah Diburu Polis!!

Klik gambar untuk paparan lebih besar

Diambil dari KOSMO Online

Amah balas madu dengan tuba

 Klik gambar untuk paparan lebih besar

Usahawan itu ke republik tersebut pada Jumaat lalu bersama suaminya, pakar motivasi Datuk Dr. Ibrahim Ahmad, 46, atas urusan perniagaan dan dijangka pulang pada hari kejadian.
Dua anak lelaki mereka yang berusia lapan dan 13 tahun serta seorang anak saudaranya ditinggalkan bersama Tanjiyah dan Udayati di rumah teres tiga tingkat milik mereka di sini.
Antara barang yang dilarikan termasuk 19 utas jam tangan mewah, barang kemas, lebih 30 helai baju berjenama dan wang RM15,000.

 
IRA menunjukkan bekas menyimpan jam tangan yang kosong selepas ia dilarikan dua amah Indonesia di rumahnya di Jalan Gombak dekat Kuala Lumpur Ahad lalu. (Klik gambar untuk paparan lebih besar)

Jam tangan jenama Rolex, Tag Heuer, Ball, Guess, Rado, Breitling dan Victorinox itu disimpan di dalam peti simpanan berkunci di bilik tidur utama.
Selain itu, 12 bentuk cincin berlian, satu beg tangan jenama Bvlgari, seutas rantai leher jenama Cerruti, beberapa cincin, subang dan pasport dua amah tersebut yang disimpan turut lesap.



Video Datin Ira @ Metro TV





Uploaded by on Apr 3, 2012

Monday, March 26, 2012

Komputer Riba Murah Menggunakan Perisian Haram

RAMPAS...Othman menunjukkan perisian cetak rompak dan komputer riba yang dirampas dalam serbuan pada 21 Mac lalu.


Komputer murah perisian haram
Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my



SHAH ALAM: Pembeli dinasihatkan tidak tertipu dengan komputer riba baru ditawarkan dengan harga murah kerana berkemungkinan tinggi menggunakan perisian cetak rompak.
Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, harga yang ditawarkan premis agak murah berbanding perisian tulen, namun hakikatnya pembeli tertipu kerana ia tidak berkualiti.

Menurutnya, pada tahun lalu 180 serbuan dijalankan membabitkan perisian cetak rompak dengan nilai keseluruhannya RM1.82 juta, manakala berdasarkan rekod sehingga Mac lalu, sebanyak 62 serbuan dijalankan dan angka itu dijangka meningkat berbanding tahun lalu.
Terbaru, katanya, pada 21 Mac lalu satu serbuan di premis perniagaan komputer di Puchong membongkar kegiatan premis yang menjual komputer riba dengan perisian cetak rompak.

“Dalam serbuan itu KPDNKK mendapati tiga komputer riba mengandungi tujuh salinan langgaran di dalamnya dan semuanya dianggarkan bernilai RM24,000.

“Kegiatan itu terbongkar apabila kakitangan Busines Software Alliance (BSA) mengesan aktiviti berkenaan ketika pekerja kilang mengemas kini perisian melalui Internet sebelum dimaklumkan kepada kami.

“Walaupun berdepan tindakan dikenakan penalti antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran dan boleh dipenjara, namun masih banyak syarikat di Malaysia terutama dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan profesional menggunakan perisian cetak rompak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Menara MRCB, di sini semalam.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Hakcipta 1987 dan boleh didenda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran perisian serta penjara sehingga lima tahun.

Beliau berharap pembeli yang ingin membeli komputer riba baru tidak tertipu berikutan perisian cetak rompak menjejaskan industri perisian.

Monday, March 12, 2012

“Kami ada video gambar bogel milik Melia..."

BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia. 


KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.

Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.


Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.

“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.


**Petikan berita MyMetro





Blog Mengenai Video Lucah Melia di Rotikaya.com :

Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa?

Kalau sekali sebut, pasti’nya nama Melia Aimelia tidak tersimpan dalam memori indah anda semua, tetapi jika kami sebut judul filem lakonan beliau. Aha!
Semalam kami ada dedahkan satu gossip yang mengatakan kami ada terima beberapa screenshot dari sebuah video separa lucah yang di’dakwa di’lakonkan oleh Melia Aimelia sendiri. Baca lebih lanjut...

Friday, February 24, 2012

Main Bola Keranjang Dalam Keadaan Koma?

MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat

TOPEKA (Kansas): Seorang pelajar sekolah tinggi yang terlalu minat kepada sukan bola keranjang menunjukkan aksi luar biasa ketika koma akibat jangkitan kuman di otaknya.
Media semalam melaporkan, Maggie Meier jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.

Dia kemudian dirawat di sebuah hospital untuk tempoh agak lama akibat mycoplasma meningoencephalitis sejenis penyakit meningitis yang menyebabkan keradangan pada otak.

Bagi mengelakkan kekejangan pada badannya, pelajar Sekolah Tinggi Blue Valley Northwest di Overland Park yang koma selama tiga bulan itu dialihkan setiap dua atau tiga jam.

Laman sesawang thedaily.com melaporkan, keluarga Maggie meletakkan bola keranjang di tangannya ketika dia didudukkan di kerusi roda dalam keadaan koma.


Maggie mengejutkan semua pihak apabila kakinya mula bergerak-gerak, manakala tangannya melontar bola berkenaan, seolah-olah bermain di gelanggang.


Pakar neurologi Maggie, Dr William Graf, berkata aksi melontar bola keranjang itu tertanam di minda pelajar terbabit sebagai sebahagian daripada nalurinya.

Sepanjang tempoh dirawat di hospital, Maggie melakukan beberapa kali lontaran bola sebelum kembali tidak sedarkan diri.

Sejak pulih daripada koma pula, Maggie terpaksa belajar semua aspek asas kehidupan termasuk berjalan, bercakap dan membaca.

Sementara itu, rakan Maggie dan jurulatihnya di sekolah meletakkan kerusi kosong di tepi gelanggang sepanjang tempoh dia dirawat bagi mengenang komitmennya.


Semalam, Maggie akhirnya hadir semula ke gelanggang bola keranjang di sekolahnya selepas hampir empat tahun melalui proses pemulihan.


Kata Maggie, ketika di hospital, dia tidak terlalu memikirkan bola keranjang.


Walaupun pesakit mycoplasma meningoencephalitis boleh pulih sepenuhnya, dalam keadaan tertentu ia mampu menyebabkan kematian. - DM


dari MyMetro