REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta
empat orang lain. Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital.
‘Bayi ajaib’ terselamat
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan
orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari
kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu
persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ‘bayi ajaib’ itu menangis di
atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke
klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat
kemalangan itu.
Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian
penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap
yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing
selepas dirempuh sebuah kereta.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.
Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar.
**Beli surat kaba metro aritok or surat kaba tempatan mun mok baca lebih lanjut (^_^)
No comments:
Post a Comment