Thursday, August 30, 2012

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-55 OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-55 OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia
1.    Alhamdulillah, segala rasa syukur dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, lantaran dengan rahmatnya jua, kita rakyat Malaysia berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-55.
Saudara dan saudari,
2.     Sudah lebih lima puluh tahun, dengan berpayungkan piagam asas nasional, yakni Perlembagaan Persekutuan serta berpandukan  ideologi kebangsaan Rukun Negara, Malaysia dan rakyatnya telah bertatih dan bertapak membangunkan sebuah negara bangsa.
3.     Maka, berteraskan  muafakat dan kerjasama daripada semua pihak, hari ini, saya boleh melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa, kemerdekaan yang telah dicapai lebih lima dekad yang lalu,  hasil perjuangan bapa-bapa pengasas negara kita yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latarbelakang ini, akan terus utuh.
4.     Begitulah, perpaduan nasional yang bertunjangkan  kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional. Dari sudut kemakmuran nasional pula,  ekonomi negara berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan  bagi memastikan kemakmuran dan  kesejahteraan dapat dirasai oleh semua.
5.     Ternyata, kejayaan yang diimpikan Malaysia bukan hanya kejayaan bersifat material tetapi kejayaan yang bersifat holistik. Oleh kerana itu, di bawah payung Dasar Transformasi Nasional, prakarsa transformasi bukan sahaja melibatkan kerajaan melalui GTP dan ekonomi melalui ETP tetapi juga Transformasi Politik serta Transformasi Kawasan Luar Bandar.
6.     Sesungguhnya, langkah berani pihak kerajaan melaksanakan Program Transformasi Politik  bagi mengimbangkan kebebasan individu dan keselamatan negara telah membugar dan mengakarkan  lagi demokrasi di Malaysia, sebagai satu budaya yang menjadi asas kepada kestabilan nasional.
Saudara dan saudari,
7.     Malaysia merupakan bukti dan manifestasi janji ditepati dan harapan yang dipenuhi. Bagi memahami kebenaran dari kenyataan  di atas, setiap seorang daripada kita perlu kembali kepada susurgalur sejarah. Hakikatnya pun, kita mencapai kemerdekaan di tengah-tengah pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dalam suasana di mana survival kita sebagai sebuah negara berbilang bukan sahaja daripada segi kaum, bahkan juga agama dan bahasa, pernah disangsikan oleh masyarakat dunia.
8.     Terakam dalam kamar peristiwa, selama lima puluh lima tahun kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak termasuk di kalangan warganegara sendiri. Terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambahbaik, adalah meleset sama sekali.
9.     Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita telah berjaya membawa kebebasan dan keamanan  kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam. Kita juga telah berjaya mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah yang mana suatu ketika dahulu lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, dengan bergantung kepada beberapa komoditi, menjadi sebuah negara dengan  ekonomi bersifat  pelbagai. Malah, dewasa ini, berkembang pula sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi berpacu pantas merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kelak. InsyaAllah.
Saudara dan saudari,
10.   Sepanjang detik yang berlari, kita telah menggantikan kebimbangan dengan harapan, kita telah mencipta sebuah negara di mana yang penting adalah kemahuan dan kesanggupan untuk bekerja keras. Juga, di mana, anak seorang petani, pekebun kecil, buruh dan nelayan berjaya menjadi usahawan serta profesional. Pucuk pangkalnya, kita telah mencipta sebuah negara sehingga anak-anak Malaysia boleh mendambakan masa depan yang lebih baik.
11.   Semuanya ini, merupakan nikmat daripada perancangan penuh teliti dan pelaksanaan amat berkesan oleh pihak Kerajaan yang telah diberi mandat mentadbir semenjak kemerdekaan diperoleh. Walau apapun, kejayaan yang dikecapi bukan sepatutnya menjadi alasan untuk kita berpeluk tubuh, sebaliknya, ia harus menjadi mangkin menuju sinar yang lebih terang benderang pada hari muka.
12.   Oleh itu, dua tahun yang lalu, kita melancarkan fasa pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Pelan Transformasi Kerajaan dengan tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara. Tujuh NKRA bagi fasa pertama tersebut, akan tamat menjelang akhir tahun ini.
13.   Sehubungan dengan itu, kerajaan akan  melangkah ke hadapan dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan Fasa ke-2 atau GTP 2 yang bakal melonjakkan lagi kemakmuran negara ke peringkat lebih tinggi.
14.   GTP 2 juga akan menyaksikan penglibatan masyarakat yang lebih meluas sekaligus pembabitan yang lebih bermakna daripada pertubuhan bukan kerajaan yakni NGO dan sektor korporat.
15.   Namun, segala usaha dan prakarsa yang dilakukan akan hanya tinggal sia-sia jika tidak didakap dan dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat.
16.   Kesimpulannya, sekarang, kita berada pada satu kala masa yang amat monumental bagi Malaysia. Di sana-sini, rakyat boleh melihat perubahan ketara bukan sahaja di peringkat individu hatta di peringkat keluarga dan komuniti.
17.   Justeru, marilah kita menjulang citra Malaysia dengan memenuhi segala janji yang dipateri dan potensi yang dimiliki demi seluruh warganya. Dari itu, saya ingin sama-sama berpesan, bahawa, janganlah kita sampai mempunah binasa apa yang telah bersusah payah dipupuk dan dicipta. Janganlah sesekali pula, diporak-peranda harmoninya watan yang telah sekian lama terbina. Moga-moga Tuhan memberi perlindungan dan melimpahkan rahmat-Nya.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-55.
Dirgahayu Malaysiaku. Dirgahayu Malaysiaku.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-hari-kemerdekaan-ke-55/

Monday, August 27, 2012

Video Robot Kumbang - Kabutom RX-03 -

Kabutom RX-03 RX-03 boleh mengeluarkan asap. 
 


The robot in the form of bugs, called "Kabuto RX-03," which has made by Japanese engineer Hitoši Takanaši, is being demo to an audience at the "Tsukuba" Festival in the same city.

TOKYO - Seorang jurutera Jepun, Hitoshi Takahashi membina sebuah robot berbentuk seperti seekor kumbang gergasi dinamakan Kabutom RX-03.
Robot sepanjang 11 meter dengan berat 17 tan itu diperkenalkan kepada orang ramai dalam satu demonstrasi di sini semalam.
RX-03 boleh bergerak dengan menggunakan enam kakinya.
Dijana enjin diesel berkuasa tinggi, robot berkenaan turut mengeluarkan asap daripada hidungnya. - AFP (http://kosmo.com.my)

Thursday, August 23, 2012

Call Me Maybe - Carly Rae Jepsen (Chatroulette Version)

Call Me Maybe - Carly Rae Jepsen (Chatroulette Version)

Layan video tok!! (^_^)


Chatroulette is a place where you can interact with new people over text-chat, webcam and mic.
 
Chatroulette adalah tempat di mana anda boleh berinteraksi dengan orang baru secara sembang teks, webcam dan mikrofon.

Friday, August 17, 2012

1 Penunggang 7 Penumpang

Motorbike in China loaded with 8 passengers

August 15, 2012 10:19 AM
A motorbike in China loaded with 4 adults and 4 children was caught on tape by a passing car.



cbsnews.com

Thursday, August 16, 2012

The Wiper Women(Only In Malaysia)








Published on Aug 14, 2012 by
Copy n Paste=)

This accident happened in Cheras, Malaysia on July 27th. This woman hit my car and she refused to pay for the reparations. Not only that, she even refuse to admit that she was the one who hit my car.

In Malaysia, when these kind of accident happen, we usually settle it privately or report to the police. Since this woman refused to admit and pay, my mother and I decided to report to the police. So, we went back to our car and prepare to head to the police station. But, this woman refuse to let us leave too. So, she lied her tummy on our car bonet and keep on telling the motorcyclist around the we were bullying her~

In the end, we sent her to the police station with her on our bonet. This woman is so ridiculous. Hope the drivers around Cheras won't meet her again~

P/S: In this video, I might touched some sensitive topic, but I had no offence.

http://thestar.com.my

Thursday August 16, 2012

Video of woman riding car bonnet in accident row goes viral

CHERAS: A video depicting a woman (pic) lying on the bonnet and clutching the windscreen wiper of a car, as the driver of the car inched forward, went viral after it was uploaded four days ago.
The uploader of the video, 183clover, commented on YouTube that the woman hit his car, refusing to take the blame and pay for repairs.
The video featured both him and his mother exchanging words with the woman, who complained to passing motorcyclists that she was being bullied by the man and his mother.
Instead of choosing to settle the accident, she clung to the bonnet of the car, refusing to let go or make a report to the police.
The driver then started the car, while the woman held on.
The uploader posted that the incident occurred on July 27.
The video has acquired 42,399 views since then, but was made private around 6.30pm yesterday.
Attempts to verify the incident with the user who uploaded the video failed.

Thursday, August 2, 2012

Namewee, Afdlin Shauki, Pete Teo and many more standing up for Malaysia, undilah!


Klik gambar untuk lihat video

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki)

A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

WATCH THE VIDEO

Free Download By NB

RECENT COMMENT