Showing posts with label 1MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label 1MALAYSIA. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-55 OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-55 OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia
1.    Alhamdulillah, segala rasa syukur dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, lantaran dengan rahmatnya jua, kita rakyat Malaysia berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-55.
Saudara dan saudari,
2.     Sudah lebih lima puluh tahun, dengan berpayungkan piagam asas nasional, yakni Perlembagaan Persekutuan serta berpandukan  ideologi kebangsaan Rukun Negara, Malaysia dan rakyatnya telah bertatih dan bertapak membangunkan sebuah negara bangsa.
3.     Maka, berteraskan  muafakat dan kerjasama daripada semua pihak, hari ini, saya boleh melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa, kemerdekaan yang telah dicapai lebih lima dekad yang lalu,  hasil perjuangan bapa-bapa pengasas negara kita yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latarbelakang ini, akan terus utuh.
4.     Begitulah, perpaduan nasional yang bertunjangkan  kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional. Dari sudut kemakmuran nasional pula,  ekonomi negara berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan  bagi memastikan kemakmuran dan  kesejahteraan dapat dirasai oleh semua.
5.     Ternyata, kejayaan yang diimpikan Malaysia bukan hanya kejayaan bersifat material tetapi kejayaan yang bersifat holistik. Oleh kerana itu, di bawah payung Dasar Transformasi Nasional, prakarsa transformasi bukan sahaja melibatkan kerajaan melalui GTP dan ekonomi melalui ETP tetapi juga Transformasi Politik serta Transformasi Kawasan Luar Bandar.
6.     Sesungguhnya, langkah berani pihak kerajaan melaksanakan Program Transformasi Politik  bagi mengimbangkan kebebasan individu dan keselamatan negara telah membugar dan mengakarkan  lagi demokrasi di Malaysia, sebagai satu budaya yang menjadi asas kepada kestabilan nasional.
Saudara dan saudari,
7.     Malaysia merupakan bukti dan manifestasi janji ditepati dan harapan yang dipenuhi. Bagi memahami kebenaran dari kenyataan  di atas, setiap seorang daripada kita perlu kembali kepada susurgalur sejarah. Hakikatnya pun, kita mencapai kemerdekaan di tengah-tengah pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dalam suasana di mana survival kita sebagai sebuah negara berbilang bukan sahaja daripada segi kaum, bahkan juga agama dan bahasa, pernah disangsikan oleh masyarakat dunia.
8.     Terakam dalam kamar peristiwa, selama lima puluh lima tahun kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak termasuk di kalangan warganegara sendiri. Terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambahbaik, adalah meleset sama sekali.
9.     Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita telah berjaya membawa kebebasan dan keamanan  kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam. Kita juga telah berjaya mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah yang mana suatu ketika dahulu lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, dengan bergantung kepada beberapa komoditi, menjadi sebuah negara dengan  ekonomi bersifat  pelbagai. Malah, dewasa ini, berkembang pula sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi berpacu pantas merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kelak. InsyaAllah.
Saudara dan saudari,
10.   Sepanjang detik yang berlari, kita telah menggantikan kebimbangan dengan harapan, kita telah mencipta sebuah negara di mana yang penting adalah kemahuan dan kesanggupan untuk bekerja keras. Juga, di mana, anak seorang petani, pekebun kecil, buruh dan nelayan berjaya menjadi usahawan serta profesional. Pucuk pangkalnya, kita telah mencipta sebuah negara sehingga anak-anak Malaysia boleh mendambakan masa depan yang lebih baik.
11.   Semuanya ini, merupakan nikmat daripada perancangan penuh teliti dan pelaksanaan amat berkesan oleh pihak Kerajaan yang telah diberi mandat mentadbir semenjak kemerdekaan diperoleh. Walau apapun, kejayaan yang dikecapi bukan sepatutnya menjadi alasan untuk kita berpeluk tubuh, sebaliknya, ia harus menjadi mangkin menuju sinar yang lebih terang benderang pada hari muka.
12.   Oleh itu, dua tahun yang lalu, kita melancarkan fasa pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Pelan Transformasi Kerajaan dengan tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara. Tujuh NKRA bagi fasa pertama tersebut, akan tamat menjelang akhir tahun ini.
13.   Sehubungan dengan itu, kerajaan akan  melangkah ke hadapan dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan Fasa ke-2 atau GTP 2 yang bakal melonjakkan lagi kemakmuran negara ke peringkat lebih tinggi.
14.   GTP 2 juga akan menyaksikan penglibatan masyarakat yang lebih meluas sekaligus pembabitan yang lebih bermakna daripada pertubuhan bukan kerajaan yakni NGO dan sektor korporat.
15.   Namun, segala usaha dan prakarsa yang dilakukan akan hanya tinggal sia-sia jika tidak didakap dan dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat.
16.   Kesimpulannya, sekarang, kita berada pada satu kala masa yang amat monumental bagi Malaysia. Di sana-sini, rakyat boleh melihat perubahan ketara bukan sahaja di peringkat individu hatta di peringkat keluarga dan komuniti.
17.   Justeru, marilah kita menjulang citra Malaysia dengan memenuhi segala janji yang dipateri dan potensi yang dimiliki demi seluruh warganya. Dari itu, saya ingin sama-sama berpesan, bahawa, janganlah kita sampai mempunah binasa apa yang telah bersusah payah dipupuk dan dicipta. Janganlah sesekali pula, diporak-peranda harmoninya watan yang telah sekian lama terbina. Moga-moga Tuhan memberi perlindungan dan melimpahkan rahmat-Nya.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-55.
Dirgahayu Malaysiaku. Dirgahayu Malaysiaku.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-hari-kemerdekaan-ke-55/

Thursday, August 2, 2012

Namewee, Afdlin Shauki, Pete Teo and many more standing up for Malaysia, undilah!


Klik gambar untuk lihat video

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki)

A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

WATCH THE VIDEO

Wednesday, May 30, 2012

"Naga" Berjaya Ditangkap di Kuala Sungai Kerteh!!

Gambar dari myMetro

OTHMAN Abu Bakar, (dua kanan) bersama empat anaknya memegang ikan yang ditangkap oleh seorang nelayan pesisir pantai di Kuala Sungai Kerteh sepanjang 4 meter dan seberat 9 kilogram. Ikan tersebut menyerupai seekor naga walaupun berwarna putih kerana mempunyai sesunggut, kepala serta sirip berwarna merah dan kulit kasar seperti pari serta berduri di bawah badan. Foto: MASTURA MANAF (29/05/2012)

Friday, May 18, 2012

Askar Sukarelawan Siber Malaysia

Gambar dari myMetro


Perangi penggodam
Oleh Gaddafi Musli
gaddafi@hmetro.com.my


IPOH: Menubuhkan askar sukarelawan siber diterajui belia mempertahankan sistem komputer negara daripada ancaman penggodam luar antara resolusi dicapai pada Malaysian Cyber Conference (MCC) 2012 yang dihadiri 110 peserta terdiri daripada belia dan pengamal siber, di sini.
Pengarah Projek MCC, Afnan Afiq Alias berkata, isu keselamatan siber khususnya laman web rasmi kerajaan harus diambil perhatian berikutan kes penggodaman yang semakin serius.

“Dengan adanya sukarelawan siber, ancaman seperti ini dapat ditangani dengan lebih pantas di samping membantu agensi keselamatan siber menangkis serangan penggodam berniat jahat,” katanya.
Menurutnya kepakaran penggodam sering dipandang negatif berikutan tindakan beberapa pihak yang sering melakukan ‘defacement’ atau mengubah paparan utama laman web kerajaan.

“Pada pandangan saya, mereka sebenarnya hanya mahu mendedahkan kelemahan sistem keselamatan laman terbabit dan tidak mengganggu data yang disimpan. “Bayangkan jika pihak luar yang melakukan penggodaman dan menyalahgunakan data sulit yang disimpan,” katanya ketika ditemui.

Justeru, katanya, penubuhan pasukan ini perlu untuk membantu agensi kerajaan memantau keselamatan laman web mereka terutama yang menyimpan data sensitif.
Afnan memberi contoh kejadian godam membabitkan laman sebuah agensi penguat kuasa, baru-baru ini dengan data seperti pendapatan mengikut negeri didedahkan penggodam tidak bertanggungjawab.

“Saya menyeru belia khususnya yang mempunyai kepakaran godam menyertai MCC dan menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan sistem keselamatan siber negara,” katanya.
Sementara itu, Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi (ITYM), Khaireel Azlee Abdul Aziz yang juga antara tulang belakang MCC menjelaskan, tanggungjawab sukarelawan siber bukan sekadar menjadi benteng malah membentuk polisi membabitkan teknologi Komunikasi informasi (ICT) dan belia.

“Golongan ini dapat membantu kerajaan dengan memberikan maklum balas, cadangan serta kehendak mereka memudahkan proses penggubalan polisi,” katanya.

Turut diadakan dalam program berkenaan, forum yang membincangkan fenomena godam serta implikasinya terhadap masyarakat selain perbincangan bersama mengenai kaedah keselamatan siber.


**wahhhh..camney cara mok join tok?? (^_^) best!! best!! Pasukan ASSM

Tuesday, May 15, 2012

Akhbar METRO Mohon Maaf Isu Artikel ‘Ibuku isteriku, bapaku suamiku’

Klik untuk paparan imej lebih besar


Mohon maaf

KAMI merujuk laporan Metro Ahad berjudul ‘Ibuku isteriku, bapaku suamiku’ pada 13 Mei 2012. Kami mendapat maklum balas daripada segelintir pembaca menyatakan rasa kurang senang berhubung laporan berkenaan.

Walaupun berdasarkan tinjauan dan wawancara dengan individu tertentu, kami ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada masyarakat Sarawak, khususnya kaum Penan yang kurang senang dengan laporan itu. Tujuan kami menerbitkannya antara lain supaya pembaca mengambil iktibar serta mendapat pengajaran daripada kisah masyarakat dan bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak.


**Diharap pada masa akan datang akhbar Metro akan lebih berhati-hati dan memahami sensitiviti masyarakat.

"Tujuan kami menerbitkannya antara lain supaya pembaca mengambil iktibar serta mendapat pengajaran daripada kisah masyarakat dan bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak."

-untuk mengabil iktibar ngan pengajaran pa??? bukan smua orang nang tauk pasal sik boleh nikah sama keluarga dikpun ka?? cdak Penan tok pun ada adat dikpun yang melarang nikah sama keluarga dirik bah...hurmmm...

Tuesday, April 10, 2012

Angry Birds Space V.1 PC Game Full Version


Repost from http://www.hackinguniversity.in

We have already posted this awesome game for iPhone and Android devices so if you own any one of them you can download for them and if you love to play this weightless amazing HD Graphics game in PC Windows than you can download it from below. In briefly about this game, I think everybody knows about this game so just to explain it’s a new updated version with new levels and nice kind of environment.

Also check out : Angry Birds The Year Of Dragon and Angry Birds Seasons 2

You play in space banging those old pigs right on to their asses, well it gets more fun because now you birds will get attracted towards the planet as there is a nice gravity which you have to overcome for attacking those pigs. I played this game and captured screenshots for 1 three levels you can check them below and download the whole game from below.

Screenshots for Angry Birds Space PC Version :

angry birds space pc
angry birds space pc
angry birds space pc

Download Angry Birds Space PC Version :

You can Download Angry Birds Space to your windows pc and than extract it using WinRAR as its is a .rar package, after extraction just use the setup provided to install the game, after the game has been installed do not run it, now just open the patch folder and than click on the patch.exe file now click on Patch and than browse to your Angry Birds installed directory and double click on the Angry Birds.exe icon and than you see the message for successful patching.
Now run the game and click on Activate full version than copy the key from the Key text file and than paste and click on register that’s it now your game is turned into a full version game which can be played for all levels and can be enjoyed with all your friends.

Wednesday, March 28, 2012

Julian Assange (Pengasas Wikileaks) Mahu Anjurkan Debat Anwar vs Najib vs Raja Petra !!!


Berita mahu diadakan debat ketua kerajaan dan ketua kerajaan menjadi “siulan” bukan sahaja di Malaysia malah di dunia ketika ini, apabila laman web berpengaruh di dunia, Wikileaks melalui pengasasnya Julian Assange bersedia menganjur acara debat tersebut.
Seluruh dunia terus memerhati samada acara debat Anwar Ibrahim, Najib Razak dan juga Raja Petra Kamaruddin akan menjadi realiti atau hanyalah fantasi semata?
Sebelum ini beberapa cara debat berjaya dilaksanakan antara :

Debat : Datuk Seri Chua Soi Lek VS Lim Guan Eng
  • Setiusaha Agong DAP : Lim Guang Eng
  • Presiden MCA – Datuk Chua Soi Lek
Debat : Khairy Jamaluddin VS Rafizi Ramli
  • Khairy Jamaluddin : Ketua Pemuda UMNO
  • Rafizi Ramli : Pengarah Strategik PKR
Debat : Datuk Ahmad Shabery Chik Vs Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Ahmad Shabery : Menteri Belia & Sukan
  • Anwar Ibrahim : Ketua Pembangkang
Bagi kami samada ada Raja Petra Kamaruddin ada atau tidak, itu perkara kedua. Yang pentingnya debat tersebut turut menemukan menemukan KETUA dengan KETUA. Seorang ketua kerajaan dan seorang lagi ketua pembangkang. Walaubagaimanapun, debat seperti ini masih belum “berjaya” dilaksanakan. Entah kenapa tampak sukar untuk dilaksanakan.
Akhirnya, Julian Assange (Pengasas Wikileaks) tertarik melihat senario yang berlaku ketika ini sehingga bertindak untuk menawarkan platform dan menjadi pengendali bagi acara debat tersebut.



Jangan risau. Belum pernah lagi kami lihat kalangan Presiden yang dipilih melalui pemenang debat. Tidak ada sama sekali. Dan sepanjang yang kami ketahui, tidak pernah diistiharkan pun mana-mana kalangan pendebat, siapa yang menang, siapa pula kalah. Tidak ada. Tetapi yang tentukan adalah rakyat. Rakyat yang akan tentukan siapa yang benar, siapa yang salah.
  • Pemikiran rakyat perlu diajak untuk berfikir, menilai setiap isu yang ada
  • Bukannya pemikiran rakyat terus “dipaksa” & disuapkan untuk menerima bulat-bulat fakta untuk setiap isu yang ada
Sejarah telah membuktikan Sedangkan Adolf Hitler (pemimpin Nazi) pun sanggup berdebat dengan pemimpin bongkak lagi angkuh, Winston Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan selepas itu berjaya takluk sebahagian Eropah. Kedua-dua pemimpin yang berpengaruh di dunia ketika itu bersetuju untuk tampil berdebat.
Kalau sebelum ini Anwar Ibrahim telah ditemplak, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa Anwar Ibrahim hanya sama sekali tidak konsisten dan penakut kerana enggan hadir berdebat dengan blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
  • Baru-baru ini Anwar Ibrahim diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.
  • Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.
  • Anwar Ibrahim kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.
  • Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.
Kalau debat Najib Razak vs Anwar Ibrahim vs Raja Petra Kamaruddin berjaya dilaksanakan secara terbuka, ia bakal disiarkan secara langsung di seluruh dunia yang boleh disaksikan lebih 600 juta penonton.
Debat merupakan budaya ilmu sebenarnya yang perlu dipupuk dan pemimpin politik memang “dilahirkan” dalam arena politik untuk berdebat, perdebatkan isu rakyat. Yang sebenarnya, rakyat marhaen ingin mendengar kebijaksanaan pemimpin mereka mengeluarkan hujah, idea dan prinsip untuk setiap isu yang berbangkit dan dipersembahkan kepada rakyat melalui acara debat.
Semua idea dan pendapat adalah original perlu dikeluarkan secara spontan tanpa bantuan sebarang teks ucapan seperti di Dewan Rakyat. Dan debat juga perlukan fakta dan pemkiran cepat dan tersusun.  Itu yang menarik perhatian rakyat bawahan sebenarnya….
P/S : Bagaimana pula dengan anda, perlukah ketua kerajaan dan ketua pembangkang tampil berdebat isu ekonomi dan isu rakyat secara langsung kepada anda semua untuk menilainya? Mengapa?

Monday, March 5, 2012

Sumber Air Di Sungai Liku, Miri Tercemar!!

Lapisan minyak diesel di permukaan air.

LAKU tutup loji perawatan air serta-merta selepas tumpahan diesel cemari Sungai Liku


MIRI: Lebih 300,000 penduduk di bandar raya Miri dan Daerah Bekenu semalam terjejas bekalan air bersih selepas sumber air di Sungai Liku tercemar oleh tumpahan minyak diesel daripada tangki simpanan minyak sebuah syarikat swasta yang terletak dua kilometer dari sungai tersebut.

Dianggarkan, sejumlah 14,000 liter minyak diesel yang digunakan untuk proses penurapan jalan yang disimpan di dalam tangki milik syarikat berkenaan, tumpah ke tanah dan seterusnya mengalir ke Sungai Liku, selepas saluran tangki tersebut bocor dan tidak disedari oleh para pekerjanya.

Pengurus LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) Kawasan Miri, Lo Su Onn yang ditemui di Loji Perawatan Air LAKU di Lambir semalam memberitahu, pencemaran itu disedari oleh pekerja loji berkenaan pada jam 8.30 malam kelmarin apabila terhidu bau diesel yang kuat dari kawasan pengambilan air.

Sebaik menyedari terdapatnya tumpahan minyak, kakitangan yang bertanggungjawab menyelenggara loji ketika itu bertindak menutup operasi loji serta-merta bagi mengelak air yang telah tercemar terus memasuki kawasan penapisan dan rawatan.

“Pihak kami mula mencari punca pencemaran awal pagi tadi (semalam) dan mendapati punca tumpahan adalah daripada sebuah syarikat membuat tar jalan. Serentak itu, kita memaklumkan kepada pasukan bertindak mengenai tumpahan minyak untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya.

“Sekarang (pagi semalam) kita bergantung kepada sumber bekalan air yang sudah dirawat di loji tangki simpanan sedia ada untuk membekalkan air kepada penduduk Miri.

“Namun, jumlah air bersih yang disimpan di tangki berkenaan agak terhad. Ia menyebabkan kita terpaksa mengurangkan penyaluran air untuk penduduk di bandar raya Miri mulai tengah hari supaya bekalan air tidak putus,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Lo, bukan mudah bagi pihaknya membersihkan pencemaran itu kerana tumpahan minyak terbabit sudah meresap ke dalam tanah dan mengalir di sepanjang sungai tersebut.

LAKU, katanya, terpaksa mengepam air dari Sungai Bakong untuk disalurkan ke Sungai Liku bagi membersihkan tumpahan minyak di sepanjang kawasan hulu sungai berkenaan.

Tambahnya, bekalan air dijangka pulih jam 8 malam ini.

Sementara itu, Pasukan Bertindak Kecemasan bagi Tumpahan Minyak daripada Sarawak Shell Berhad (SSB) yang diketuai oleh Pegawainya, Martin Entamin dan Petronas Carigali yang diketuai oleh Zaffeer Ahmad Kiprawi turut tiba di loji bersama peralatan untuk menampan serta menyedut tumpahan minyak.

Kedua-dua pasukan turut dibantu oleh anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berada di kedua-dua lokasi iaitu loji perawatan air dan punca tumpahan minyak.

Peralatan menyedut minyak terkini, ‘Mantaray’ terpaksa digunakan dalam operasi tersebut.

Sehingga jam 5 petang semalam, kerja-kerja menghalang tumpahan dan pembersihan di loji perawatan masih dilakukan.

Turut berada di lokasi meninjau keadaan ialah Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin.

Dalam pada itu, penduduk di Miri mulai mengalami ketiadaan bekalan air bersih sekitar jam 1 petang semalam, sekali gus menyebabkan ramai penduduk terpaksa membeli air mineral yang dibotolkan.

Berita ketiadaan air yang diuar-uarkan menerusi laman sosial, media elektronik telah menyebabkan pembelian panik air mineral yang dibotolkan, sehingga barisan panjang di beberapa buah pasar raya.

Tinjauan Utusan Borneo turut mendapati beberapa buah premis kecil dan pasar raya telah kehabisan stok air mineral.

Di kawasan Pujut 7, air mineral dijual di tepi jalan seperti menjual buah durian sehingga menimbulkan kesesakan jalan raya kerana diserbu orang ramai.

Berita lebih lanjut di: http://www.theborneopost.com

Friday, March 2, 2012

"PERISAI" Perisian Antivirus Buatan Malaysia

Gambar daripada www.1machine.com.my


PERISAI Personal Edition


Antivirus with anti-spyware

ImprovedThe minimum protection every PC should have
Yes-Free

Safely shop or bank online

NewThe innovative WebSafe keeps your accounts private
No

Secure your identity and data

Advanced Firewall automatically prevents hacker attacks
No

Stop bothersome SPAM

Antispam keeps junk emails out of your inbox
No

 To run PERISAI Premier Edition, your PC must meet the following criteria.

Operating Systems Supported

  • Windows 7 (any Edition, 32-bit or 64-bit)
  • Windows Vista (any Edition excl. Starter Edition, 32-bit or 64-bit)
  • Windows XP Service Pack 2 or higher (any Edition, 32-bit or 64-bit)
  • Microsoft Windows 2000 Professional Service Pack 4

Minimum Hardware Requirements

  • Pentium 3 Processor
  • 128 MB RAM
  • 200 MB of free hard disk space
Please note that PERISAI Premier Edition runs only on PCs with Windows 2000 Professional Service Pack 4 and newer.
Please also note that PERISAI Antivirus will not run properly if you have other antivirus software on your PC.

PERISAI Premier Edition for Business

End-point protection

Complete end-point protection, for your desktops and laptops.
Yes-Free

File server protection

Scans all the traffic your servers can handle.
No

SharePoint protection

Tightly integrates with SharePoint Servers via Microsoft's own AV interfaces.
No

Email server protection

Capably handles unlimited mailboxes (licensed per mailbox).
No

Central management

Saves time and costs of individual deployments.
No

Firewall

Safety from hackers and other unauthorized entry attempts (workstation only).
No

Antispam

Increase productivity by removing SPAM from your communications (now also for servers).
No

To run PERISAI Premier Edition, your PC must meet the following criteria.

Operating Systems Supported

  • Windows 7 (any Edition, 32-bit or 64-bit)
  • Windows Vista (any Edition excl. Starter Edition, 32-bit or 64-bit)
  • Windows XP Service Pack 2 or higher (any Edition, 32-bit or 64-bit)
  • Microsoft Windows 2000 Professional Service Pack 4

Minimum Hardware Requirements

  • Pentium 3 Processor
  • 128 MB RAM
  • 200 MB of free hard disk space
Please note that PERISAI Premier Edition runs only on PCs with Windows 2000 Professional Service Pack 4 and newer.
Please also note that PERISAI Antivirus will not run properly if you have other antivirus software on your PC.



Artikel dari perisaisecurity.com


PUTRAJAYA: 1Machine Technology Group has unveiled an Internet security solution called Perisai Premier Edition, which is aimed at government-linked companies and the education sector.


"The software has a Web-based central console that protects computer networks by providing businesses with tools for remote installation and updates, real-time security alerts and scheduled automatic scanning (for viruses)," said Abbyamir Sapie, the chief executive of 1Machine.


Perisai comes with a feature called Websafe that enables users to open a clean and secure web browser window for Internet banking and online transactions.

The Sandbox is another feature and this provides an extra layer of security by enabling users to run applications in a virtual sandbox without infecting the computer.

"This product is the brainchild of 1Machine and its partners," said Abbyamir after a signing ceremony between the four partners.

There is PBBM Global Corporation Bhd, the exclusive distributor in the joint marketing venture, and Magnaquest Solutions Sdn Bhd, the technology partner.

The others are CyberSecurity Malaysia which contributed technical knowledge on malware (malicious software), and Universiti Teknologi Mara which provided research on Syariah regulations.

Abbyamir said Perisai is compliant with Syariah regulations.

Perisai Premier Edition retails for RM90. The company also plans to launch a consumer edition of Perisai sometime in June.


Thursday, November 24, 2011

Win a holiday for 4 worth RM16,000 now!

Win a holiday for 4 worth RM16,000 now!: Aching for a holiday with your buddies? Then Buddy Up now to win fantastic holidays for 4 worth more than RM55,000. The more buddies you have, the greater your chances of being rewarded. So don’t wait, you’ve only got till 4 December 2011. Buddy Up now!

Thursday, October 28, 2010

Karnival Jalur Lebar 1 MALAYSIA





KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA

Masa : 10:00 pagi hingga 7:00 petang

Tarikh & Tempat berlangsung karnival :

30 & 31 Oktober 2010 :- Padang Merdeka Kuching, Sarawak

06 & 07 November 2010 :- Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah

12 & 13 November 2010 :- Pulau Warisan Kuala Terengganu, Terengganu

Jom ramai-ramai memeriahkan karnival ini..pelbagai aktiviti menarik sambil anda belajar!!.

i) Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan :
ii) Pameran Kandungan Kreatif Tempatan
iii) Bengkel Kesedaran Jalur Lebar
iv) Bengkel Permainan Dalam Talian
v) Komik,Cosplay&Permainan Konsol
vi) Pameran Anime
vii) Inisiatif Satu Juta Komputer Riba oleh SKMM
viii) Konsert Jalur Lebar 1MALAYSIA
viiii) Kemunculan Istimewa : Skuad BB, Maskot BB Ikon, 'Kembara Jalur Lebar 1MALAYSIA'

**PROMOSI ISTIMEWA JALUR LEBAR

Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari www.broadband.my