Berita mahu diadakan debat ketua
kerajaan dan ketua kerajaan menjadi “siulan” bukan sahaja di Malaysia
malah di dunia ketika ini, apabila laman web berpengaruh di dunia,
Wikileaks melalui pengasasnya Julian Assange bersedia menganjur acara
debat tersebut.
Seluruh dunia terus memerhati samada acara debat Anwar Ibrahim, Najib Razak dan juga Raja Petra Kamaruddin akan menjadi realiti atau hanyalah fantasi semata?
Sebelum ini beberapa cara debat berjaya dilaksanakan antara :
Debat : Datuk Seri Chua Soi Lek VS Lim Guan Eng
- Setiusaha Agong DAP : Lim Guang Eng
- Presiden MCA – Datuk Chua Soi Lek
Debat : Khairy Jamaluddin VS Rafizi Ramli
- Khairy Jamaluddin : Ketua Pemuda UMNO
- Rafizi Ramli : Pengarah Strategik PKR
Debat : Datuk Ahmad Shabery Chik Vs Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Ahmad Shabery : Menteri Belia & Sukan
- Anwar Ibrahim : Ketua Pembangkang
Bagi kami samada ada Raja Petra
Kamaruddin ada atau tidak, itu perkara kedua. Yang pentingnya debat
tersebut turut menemukan menemukan KETUA dengan KETUA. Seorang ketua
kerajaan dan seorang lagi ketua pembangkang. Walaubagaimanapun, debat
seperti ini masih belum “berjaya” dilaksanakan. Entah kenapa tampak
sukar untuk dilaksanakan.
Akhirnya, Julian Assange (Pengasas
Wikileaks) tertarik melihat senario yang berlaku ketika ini sehingga
bertindak untuk menawarkan platform dan menjadi pengendali bagi acara
debat tersebut.
Jangan risau. Belum pernah lagi kami
lihat kalangan Presiden yang dipilih melalui pemenang debat. Tidak ada
sama sekali. Dan sepanjang yang kami ketahui, tidak pernah diistiharkan
pun mana-mana kalangan pendebat, siapa yang menang, siapa pula kalah.
Tidak ada. Tetapi yang tentukan adalah rakyat. Rakyat yang akan tentukan siapa yang benar, siapa yang salah.
- Pemikiran rakyat perlu diajak untuk berfikir, menilai setiap isu yang ada
- Bukannya pemikiran rakyat terus “dipaksa” & disuapkan untuk menerima bulat-bulat fakta untuk setiap isu yang ada
Sejarah telah membuktikan Sedangkan Adolf Hitler (pemimpin Nazi)
pun sanggup berdebat dengan pemimpin bongkak lagi angkuh, Winston
Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan selepas itu berjaya takluk
sebahagian Eropah. Kedua-dua pemimpin yang berpengaruh di dunia ketika
itu bersetuju untuk tampil berdebat.
Kalau sebelum ini Anwar Ibrahim telah
ditemplak, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga
Timbalan perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa Anwar
Ibrahim hanya sama sekali tidak konsisten dan penakut kerana enggan
hadir berdebat dengan blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
- Baru-baru ini Anwar Ibrahim diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.
- Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.
- Anwar Ibrahim kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.
- Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.
Kalau debat Najib Razak vs Anwar Ibrahim
vs Raja Petra Kamaruddin berjaya dilaksanakan secara terbuka, ia bakal
disiarkan secara langsung di seluruh dunia yang boleh disaksikan lebih
600 juta penonton.
Debat merupakan budaya ilmu sebenarnya yang perlu dipupuk dan pemimpin politik memang “dilahirkan” dalam arena politik untuk berdebat, perdebatkan isu rakyat. Yang sebenarnya, rakyat marhaen ingin mendengar kebijaksanaan pemimpin mereka mengeluarkan hujah, idea dan prinsip untuk setiap isu yang berbangkit dan dipersembahkan kepada rakyat melalui acara debat.
Semua idea dan pendapat adalah original
perlu dikeluarkan secara spontan tanpa bantuan sebarang teks ucapan
seperti di Dewan Rakyat. Dan debat juga perlukan fakta dan pemkiran
cepat dan tersusun. Itu yang menarik perhatian rakyat bawahan
sebenarnya….
P/S : Bagaimana pula dengan anda,
perlukah ketua kerajaan dan ketua pembangkang tampil berdebat isu
ekonomi dan isu rakyat secara langsung kepada anda semua untuk
menilainya? Mengapa?
RePost Dari http://beritasemasa.com
No comments:
Post a Comment