Oleh RAIS YEOP JOHARI : Kosmo Online
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
Petikan berita Kosmo Online pada : 26/03/2012
TRIO penari tiang seksi ghairah melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Nilai.
NILAI – Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu.
Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin.
Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita.
Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal.
**sayangg muka kacak molah kerja cam ya...daripada nari ngan tiang bagus kitak tiga jadi group artis (K-Pop Malaysia) mun dah minat gilak menari..tapi sora mok kacak juak la..hehehe (^_^) mudah-mudahan kitak tiga insaf n bertaubat..amin...
No comments:
Post a Comment