Thursday, March 29, 2012

Kereta Kebal Sewa!! Ada Siapa-siapa Nak Sewa Tak?

KERETA itu remuk teruk semasa dilenyek kereta kebal. 


CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta.

Antara kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12.

Kereta kebal itu digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.

"Saya berpendapat, ia akan melegakan tekanan dengan menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan sesuatu," kata pemilik kereta kebal berkenaan, Jonathan Lahy-Neary.

"Jika anda menempuh hari yang buruk, ia merupakan pelega tekanan yang baik," tambahnya.

Terdapat juga kereta kebal semasa Kesatuan Soviet, T-55 yang turut ditawarkan kepada para pelancong.

Menurut Lahy-Neary, para pelanggannya terdiri daripada remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka.

Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 (RM1,125.84) jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 (RM988.31) apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta.

Menurut Lahy-Neary, mengimport kereta kebal itu ke New Zealand lebih sukar daripada membelinya.

Katanya, beliau pernah berdepan dengan para pegawai polis dan kastam yang tidak tahu untuk menguruskan permintaannya. - AFP


**ku rasa mun di Malaysia tok da molah Perkhidmatan Sewa Kereta Kebal tok..sekda cdak just mok main musnah kereta buruk...tol sik?? hahahaha (^_^) nasib la sekda...

2 comments:

  1. sekali2 kalau sewa ni ok jugak,dapat gak rasa memijak besi

    ReplyDelete
  2. kalau sewa dapat try tembak meriam tu lagi best :) hahaha

    ReplyDelete

Free Download By NB

RECENT COMMENT