Ular Besar Menyusuri Sungai Baleh!!
Sibu, Selasa - Percaya atau tidak?. Ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian Sibu yang memantau keadaan banjir di hulu Batang Rajang disini baru-baru ini terserempak dengan satu makhluk ajaib dipercayai ular besar merenangi sungai terbabit. Bagi mengesahkan kesahihan apa yang ahli jawatankuasa itu lihat adalah ular besar yang sebenarnya, salah seorang daripada mereka menyerahkan gambarnya yang dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit pada 31 Januari lalu.
Gambar itu diambil sekitar jam 5.30 petang di sebatang anak sungai Baleh semasa mereka menaiki helikopter menuju ke hulu Batang Rajang dari sini bagi memantau keadaan banjir di sana. Menurut Chuat Radin, dalam bahasa Iban makhluk ajaib itu mereka kenali sebagai 'Nabau' dan ia kelihatan dengan jelas sekali semasa merenangi sebatang anak sungai Baleh.
Beliau menganggarkan ular besar itu sepanjang lebih 100 kaki dan sebesar tong 'drum' minyak dan semasa ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian merakamkan gambar berkenaan keadaan cuaca agak kelam sedikit dan berkabus.
Sudah banyak kali mereka menaiki helikopter bagi urusan rasmi ke hulu Batang Rajang dan ini adalah kali pertama mereka terserempak dengan ular sebesar itu, katanya.
Menurut Chuat, semasa merakam gambar terbabit, helikopter yang dinaiki terbang pada ketinggian kira-kira 1,000 kaki dan atas sebab itu gambarnya kabur sedikit.
Petikan berita diambil dari UTUSAN SARAWAK Rabu 11/02/2009
Berita ditulis oleh : IBRAHIM GANI

Its taken from youtube
ReplyDeleteYou type www.youtube.com/watch?v=4oeE23DjrFc
then you will discover this is a fake!!!!
from me,
Simek
thanks for the info Simek...
ReplyDeletesehingga ke hari ini, masih wujud kah utusan sarawak?(sarawak tribune?)sori mun tersalah faham..setau aku dah tutup dah utusan sarawak...yang ku tau ada utusan borneo jak...
ReplyDeleteUtusan Borneo punya news
ReplyDeleteRegards
Simek
yang tutup sarawak tribune..bukan utusan sarawak.. :D skarang tuka nama eastern times..
ReplyDelete