Friday, February 13, 2009

Rela Buat Apa Saja

WASHINGTON 12 Feb. – Terdesak akibat tekanan hidup berikutan kelembapan ekonomi global, rakyat Amerika sanggup menjual apa sahaja termasuk rambut, sperma, mahupun plasma darah bagi memperoleh wang.

Trend itu dapat dilihat dengan kewujudan laman-laman web yang menawarkan khidmat nasihat bagi menggalakkan orang ramai menderma plasma darah, sperma, atau rambut yang dikatakan boleh membantu menyara hidup.

‘‘Saya menghadapi masalah untuk membeli makanan, membayar sewa, bil, insurans dan ansuran kereta. Wang yang sedikit pun dapat membantu saya, walaupun hanya AS$10 (RM36).

‘‘Saya sedia menerimanya. Saya tidak terfikir akan melalui keadaan sesak ini, namun saya terperangkap,’’ kata seorang wanita bernama Emily kepada pengasas laman web bloodbanker.com, Phil Maher. –AFP

Tok baru permulaan 2009 di Amerika.. kita M'sia tok jual anak pun ada.. fikir2 kan lah


INFO DARI UTUSAN MALAYSIA 13.02.09

No comments:

Post a Comment