Dahaga belaian gadis muda
Oleh HADZLAN HASSAN, SHAMRAN SARAHAN dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Ketika individu seusia sibuk bertadarus atau melakukan
ibadat sunat sementara menunggu sahur, sekumpulan warga emas yang
mengunjungi beberapa pusat hiburan di Lembah Klang terus hanyut dengan
gelekan alunan irama dangdut premis berkenaan sambil dibelai pelayan
pelanggan (GRO) muda.
Lebih memalukan, ada di antara warga emas terbabit tanpa segan silu meneguk minuman keras, seolah-olah tiada langsung perasaan bersalah melakukan maksiat di bulan puasa.
Malah, difahamkan, ada di kalangan GRO berkenaan boleh dibawa ‘tidur’ jika bayaran ditawarkan warga emas itu memuaskan.
Tinjauan Metro Ahad di dua kelab dangdut di ibu negara awal pagi semalam mendapati, meskipun bilangan pengunjung tidak seramai hari biasa, kelab berkenaan masih tidak sepi daripada kunjungan warga emas yang dahagakan hiburan dan belaian gadis muda.
Agak menggelikan hati apabila ada di kalangan warga emas itu seolah-olah jalan bertatih kerana kepenatan akibat terlalu lama berdangdut bersama wanita muda di pentas tarian.
Dapatkan akhbar Harian Metro

MAKSIAT... seorang pelanggan tanpa segan silu melakukan aksi tak senonoh.