Wednesday, January 11, 2012

Saud bin Nasser Al Shahry Selling His Son For $20 Million On Facebook!!

Saud bin Nasser Al Shahry with His Son

Saud bin Nasser Al Shahry menjual anaknya $ 20 Juta di Facebook!!

RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.
Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.
Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.
Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.
Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.
Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.
Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.
Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.
Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi. - AN (http://www.hmetro.com.my)

Dad Selling Son For $20 Million On Facebook: Nasser Al Shahry's Attempt To Avoid Poverty

When you're out of work and trying to feed your family do you try to sell off one of your children for millions?
That's allegedly what Saud bin Nasser Al Shahry did after the Saudi Arabian government forced him to shut his illegal business, The Daily Mail reports.
Al Shahry allegedly advertised on Facebook that his son could be had for $20 million, the tabloid says.
He turned to trafficking when the government put the kibosh on his debt collection business. Then, welfare officials denied his requests for aid, because he's older than 35, the age limit for receiving benefits, Emirates 24/7 says.
So Al Shahry allegedly offered up his own flesh and blood online, saying later that he wanted to avoid "living in poverty," according to media reports.
Child trafficking in Saudi Arabia is illegal and the post apparently violates Facebook's content policy. (TheHuffingtonPost.com)

No comments:

Post a Comment