Wednesday, April 6, 2011

Bilakah Panggilan Telefon Bimbit Pertama kali dibuat?

Adakah anda mempunyai Telefon Bimbit / Handphone? saya pasti semua anda memilikinya..budak sekolah rendah sekarang pun ramai yang sudah mempunyai telefon bimbit (^_^). Tahukah anda telefon bimbit yang pertama sekali diciptakan? ianya adalah

The First Cellphone (1973)

Name: Motorola Dyna-Tac
Size: 9 x 5 x 1.75 inches
Weight: 2.5 pounds
Display: None
Number of Circuit Boards: 30
Talk time: 35 minutes
Recharge Time: 10 hours
Features: Talk, listen, dial

Ok..berbalik kepada persoalan utama ~ tajuk post ini "Bilakah Panggilan Telefon Bimbit Pertama kali dibuat?" Berikut adalah petikan dari Kosmo Online hari ini 06/04/2011 :

"NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat oleh
MARTIN COOPER di New York pada 3 April 1975.

Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.

"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592). - Agensi"


Pada masa sekarang Motorola masih lagi bertahan mengeluarkan telefon bimbit tetapi..dengan banyaknya saingan daripada pengeluar² telefon bimbit yang lain..penghasilan telefon bimbit pada masa sekarang menjadi semakin canggih perkembangannya sehingga terciptanya Smartphone iaitu siri telefon bimbit yang mempunyai pelbagai aplikasi untuk penggunanya.


**Dan ini pula adalah siri sejarah telefon bimbit saya (^_^)

Telefon Bimbit pertama : N-Gage QD

oppsss...casing QD ni saya bukak sebab masa ambik gambar ni saya sedang cuci QD ni (^_^)



Telefon Bimbit kedua : O² XDA ATOM



ni jer la sejarah telefon bimbit saya ahahaha...belum upgrade lagi..kalau upgrade, telefon bimbit mana menjadi pilihan???

2 comments: