Oleh HISHAM IDRIS dan NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau
penyebaran satu ajaran sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada
para pengikut untuk mengukur tahap keimanan masing-masing serta
menghapuskan dosa dengan sekadar membakar lilin.
Ajaran sesat ini yang dipanggil Ajaran Ibu Puteri dipercayai didalangi oleh seorang individu bergelar Datuk sejak tahun 2007.
Lelaki itu bagaimanapun telah meninggal dunia tahun lalu, namun ajarannya terus berkembang.
Pihak berkuasa setakat ini mengesan kewujudan ajaran tersebut di
beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Puchong dan
Petaling Jaya.
Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji dan umrah.
Seorang bekas pengikut ajaran itu yang dikenali sebagai Pak Ungku,
50, menceritakan, mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan
berisi air.
Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa mempunyai banyak dosa.
Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan dalam satu senarai
untuk upacara berasingan bagi menghapuskan dosa dan sesi pengampunan
yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran berkenaan.
**macam-macam jak ajaran sesat kinek tok..yang heran..kenak maseh banyak juak yang mudah cayak ngan ajarat macam tok?? hurmmmm...
PENGIKUT Ajaran Ibu Puteri kononnya boleh mengetahui dosa mereka dengan hanya membakar lilin. - Gambar hiasan
No comments:
Post a Comment