Friday, February 3, 2012

Penipuan ‘Boyfriend Online" || Online ‘Boyfriend’ Scammer

Artikel berita dari theborneopost.com (Klik gambar untuk paparan yang lebih besar)

Hurmm..tok bukan 1st time kes tok berlaku..sebelum tok tek pun ada..tahun lepas..tp tok rasa-rasanya paling besar...dekat nak sejuta... (kira² sejuta la ya).

Pada sapa² yang mok carik kenalan or gerek (boyfriend) dalam internet ya...hati² la..sik salah mun mok carik kenalan di Online..tapi..sampey "boyfriend" mintak sejuta ya...sikkan nak cayak juak..ermm..cek dolok latarbelakang bila dah kenal..walau pun data peribadi nya mena..real..tapi bila sampey tahap "boyfriend" ya mintak duit...janji macam² better stop terus iboh dilayan gik..rami gik org lain.

Kes tok bukan just untuk perempuan...orang laki pun sama juak, scammer ompuan pun ada juak..so hati².

Scammer tok macam² cara ada..ada yang scam makey website..ada yang scam dengan jual barang online..ada scam saham..macam² gik la.

Cara-cara untuk mengenal pasti orang or website ya scammer or real :

1. Periksa Identiti Kenalan / website tersebut.
2. Periksa daftar e-mail kenalan / website tersebut.
3.Jika diberi No.Hp or Telefon sila cuba dapatkan maklumat si pendaftar bagi No. talian yang digunakan sama atau tidak dengan si pengguna No. itu (scammer).
4.Jika diberi No. Akaun (untuk pemindahan wang) sila periksa terlebih dahulu.
5.Bagi yang membeli barang secara online, pastikan membeli dari websita yang mempunyai status si penjual itu boleh dipercayai atau tidak.
6.Jika terdapat maklumat yang meragukan, hentikan serta merta hubungan dengan kenalan / rundingan dengan si penjual dan sebolehnya...sila laporkan kepada pihak yang berkuasa dan SKMM.

Setakat tok jak la yang dapat diklaka pasal scammer tok..kelak mun ada update terbaru..akan di update (^_^). Aoklah..mun nak tauk pasal Scammer lebih lanjut boleh search di Google or Yahoo or Bing "Scammer" / "Scam".

Tok ada sedikit petikkan berita dari myMetro :


RM6,500 hanya dapat plat kereta

SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.
Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.

“Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.

“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.
Baca berita selanjutnya...

**tok kira Scammer juak la tok...

No comments:

Post a Comment

Free Download By NB

RECENT COMMENT