Thursday, November 4, 2010

Bila Sosilawati Tiada..Saman Menyaman Mula Hangat

Datuk Sosilawati Lawiya

Selepas hangat kes kematian Sosilawati..yang masih belum reda..sekarang timbul pula isu hangat yang baru. Kematian beliau membawa kepada cerita saman menyaman mula hangat.

Petikan berita dari myMetro Online :

'Kami bukan tamakkan duit'

KUALA LUMPUR: “Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.


'Enam anak Datuk Sosilawati fail saman RM60 juta'

SHAH ALAM: Keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya hari ini memfailkan saman terhadap N Pathmanabhan dan lima pekerja ladang yang didakwa terbabit dalam kes kematian jutawan kosmetik itu bagi menuntut ganti rugi RM60 juta.

Keenam-enam anak Sosilawati, iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari, Rizuwan Buhari, Md Erwan Nasri Buhari, Erni Rineelawati Buhari dan Siti Nur Fatimah Buhari memfailkan saman itu melalui Tetuan Kamarudin & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada jam 8.45 pagi.


'2 peniaga saman Sosilawati'

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya selepas mendakwa wujud pelanggaran perjanjian jual beli tanah yang di atasnya mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

No comments:

Post a Comment