Mesti korang pernah terdengar perkataan tu kan? Sebenarnya di Semenanjung pun ada aktiviti bermukun, tetapi hanya di beberapa tempat dan bermukun di semenanjung berbeza daripada di Sarawak.
Bermukun atau bergendang telah lama bertapak di bumi Sarawak. Terdapat dua elemen penting yang mesti ada dalam bermukun, iaitu seh gendang (tukang gendang – selalunya 3 orang - wanita) dan penopeng (tukang tandak). Kadang-kadang ditambah pemain violin (akordian juga digunakan) sebagai penyeri irama. Bermukun ini saya lihat seperti aktiviti berbalas pantun antara penyanyi lelaki dengan seh gendang sebentar tadi. Cuma bezanya, pantun ini dilagukan. Terdapat beberapa lagu yang biasa digunakan dalam bermukun, tapi yang dapat saya ingat lagu selendang mayang (xpasti) sahaja.
Pada zaman dahulu, bermukun selalu di buat pada malam perkahwinan. Ramai orang daripada pelbagai tempat akan datang. Ada satu perkara yang menarik tentang bermukun pada zaman dahulu. Tempat seh gendang ditutup oleh dua kain sehingga hanya menampakkan mata sahaja. Pada masa bermukun, selalunya golongan lelaki akan memandang seh gendang, dan kalau mereka berminat, insyaAllah ada lagi kenduri kahwin nanti. Maksudnya aktiviti bermukun ini juga boleh menjadi salah satu cara mencari jodoh. Dalam lagu bermukun, tema yang selalu digunakan adalah mengenai kasih dan cinta. Jadi, apabila lelaki ini memberi pantun yang bertanyakan samada si perempuan ini sudah berpunya dan si perempuan menjawap belum (dalam format lagu bermukun la), waktu itulah lelaki ini akan cuba menyunting si perempuan ini. Namun, pergaduhan sering berlaku sewaktu bermukun dijalankan. Banyak faktor yang menyumbang kepada pergaduhan, antaranya: berebut wanita, permusuhan antara kampung dan banyak lagi. Pergaduhan ini kadang-kadang membawa kepada berbunuhan dan dendam. Oleh itu, pada masa sekarang banyak kampung tidak melakukan bermukun sebelum hari perkahwinan.
Pada hari ini, bermukun labih banyak dibuat di majlis-majlis keramaian. Tetapi, konsepnya sedikit berbeza dengan bermukun pada zaman dahulu. Seh gendang tidak lagi ditutup dengan dua kain (kalau pertandingan, masih ada), mungkin kerana hanya orang-orang veteran sahaja yang menjadi seh gendang (maafkan saya), namun itulah hakikatnya. Golongan muda zaman ini kurang mengikuti aktiviti bermukun. Walaubagaimanapun, banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang menghargai budaya warisan ini. Antaranya, anda boleh mendengar mukun secara live menerusi siaran bermukun di Sarawak FM, setiap Sabtu pada jam 10 malam. Untuk yang tidak dapat mendengar, jangan risau, anda boleh download contoh lagu bermukun menggunakan link di bawah. Akhir kata, sama-samalah kita menjaga khazanah warisan bangsa ini supaya tidak lupus dimamah zaman.
Download contoh lagu bermukun
Download video bermukun (short)
WEB Video Sidak Bertandak kat Umah aku
Bertandak
No comments:
Post a Comment