Sunday, December 26, 2010

Keputusan Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010 MALAYSIA lwn INDONESIA

MALAYSIA

INDONESIA


Pasti ramai yang mengetahui..keputusan Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010 diantara Malaysia dan Indonesia malam ini tadi..dimana Malaysia berjaya membenam Indonesia denganjaringan 3 - 0.

Babak separuh masa pertama melihatkan permainan yang agak seimbang walaupun pasukan Malaysia banyak bertahan menggekang asakkan serangan dari pasukan Indonesia.

Diseparuh masa kedua pasukan Indonesia berhasil membocori gawang gol Malaysia tetapi Gonzales terlebih dahulu ditangkap offside.

Perlawanan terpaksa dihentikan seketika apabila Penjaga Gol Indoneisa Markus mengatakan bahawa matanya dipancarkan dengan pancaran "Laser" oleh penyokong pasukan Malaysia. Balingan mercun oleh penyokong menambahkan lagi kekecohan sehingga memaksa Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah turun padang untuk meredakan keadaan.

Selepas perlawanan disambung kembali pasukan Malaysia yang melakukan asakan akhirnya berjaya membolosi gawang Indonesia. Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke-60 hasil hantaran Shahrul didalam petak penalti.


Tujuh minit kemudian giliran Mohamed Ashari membuat rembatan cantik pada minit ke 67 membolehkan Malaysia mendahului 2-0 mengatasi Indonesia.


Kemudian pada minit ke-72 Safee Sali yang tidak dikawal melakukan tandukkan kencang yang terus menerjah gawang Indonesia untuk memberikan gol ke 3 untuk Malaysia.


Pasukan Indonesia yang melakukan asakan pada minit-minit akhir perlawan bagaimanapun gagal menembusi gawang Malaysia.

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana memenangi perlawanan final pertama ini..semoga di final kedua nanti pasukan Malaysia akan mampu melawan gelora penyokong pasukan Indonesia.

MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment