Wednesday, September 30, 2009

8 - 0



NEGERI SEMBILAN 8 - SARAWAK 0
NEGERI Sembilan menjadikan Sarawak belasahan apabila menang besar 8-0 dengan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan sekadar menyifatkan kemenangan itu bonus kerana yang penting, tiga mata penuh.

“Saya amat berpuas hati persembahan malam ini (tadi) bukan saja mereka bergerak sebagai satu pasukan, malah mereka dapat membuktikan kemampuan sebenar termasuk mampu membuat hantaran baik dan tepat serta gerakan menarik yang membuahkan hasil,” katanya tamat perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Bagi jurulatih Sarawak, Abdul Wahet Uji, kekalahan besar itu sememangnya sudah dijangka kerana jurang besar dari segi kekuatan yang dimiliki anak buahnya berbanding pemain Negeri Sembilan yang memiliki kewibawaan dan pengalaman.

**Tok ka kata-kata dari seorang jurulatih?? dah kalah sebelum berlawan!! tok jurulatih ka juruletih??

No comments:

Post a Comment