Showing posts with label SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label SARAWAK. Show all posts
Thursday, January 3, 2013
Asal usul brand GAP
Asal usul brand GAP :
Suatu pagi yang indah...di bandaraya kuching...
Pok : yarabii Nyo..gap juak kawan ko Nyo...
Nyo : dah namo orang puteh Pok..ney nisik gap..sidak keja kontrak gik makey baju long slip ngan nektai Pok...
Pok : nang mena kata dirik yo Nyo....
Omputeh : What he said?
Nyo : He said u gap this moning...
Omputeh : What? Gap?
Nyo : gap mean smart..hensem (paloi omputeh tok juak...)
Omputeh : Ooo..I'm so Gap then... (^_^)
balit jak omputeh ya ke negara nya....trus nya molah baju sloa brand GAP
skati ku ngenjen :P -East Dust-
Tuesday, June 5, 2012
‘Bayi ajaib’ terselamat - Kota Samarahan
REMUK...keadaan Perodua Kancil yang dinaiki bayi bersama bapanya serta
empat orang lain. Gambar kecil, bapa bayi dibawa ke hospital.
‘Bayi ajaib’ terselamat
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan
orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari
kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu
persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ‘bayi ajaib’ itu menangis di
atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke
klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat
kemalangan itu.
Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian
penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap
yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing
selepas dirempuh sebuah kereta.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.
Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar.
**Beli surat kaba metro aritok or surat kaba tempatan mun mok baca lebih lanjut (^_^)
Thursday, May 17, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Akhbar METRO Mohon Maaf Isu Artikel ‘Ibuku isteriku, bapaku suamiku’
Klik untuk paparan imej lebih besar
Mohon maaf
KAMI merujuk laporan Metro Ahad berjudul ‘Ibuku isteriku, bapaku suamiku’ pada 13 Mei 2012. Kami mendapat maklum balas daripada
segelintir pembaca menyatakan rasa kurang senang berhubung laporan
berkenaan.
Walaupun berdasarkan tinjauan dan wawancara dengan individu tertentu,
kami ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada masyarakat Sarawak,
khususnya kaum Penan yang kurang senang dengan laporan itu. Tujuan
kami menerbitkannya antara lain supaya pembaca mengambil iktibar serta
mendapat pengajaran daripada kisah masyarakat dan bukan bertujuan
memalukan mana-mana pihak.
**Diharap pada masa akan datang akhbar Metro akan lebih berhati-hati dan memahami sensitiviti masyarakat.
"Tujuan
kami menerbitkannya antara lain supaya pembaca mengambil iktibar serta
mendapat pengajaran daripada kisah masyarakat dan bukan bertujuan
memalukan mana-mana pihak."
-untuk mengabil iktibar ngan pengajaran pa??? bukan smua orang nang tauk pasal sik boleh nikah sama keluarga dikpun ka?? cdak Penan tok pun ada adat dikpun yang melarang nikah sama keluarga dirik bah...hurmmm...
Monday, May 14, 2012
Berita MyMetro Ahad "Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku" Menghina Kaum Penan Sarawak!!!
Petikan dari Metro Ahad 13 - 05 - 2012
Oleh HADZLAN HASSAN
hadzlan@hmetro.com.my
hadzlan@hmetro.com.my
ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum
Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan
sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara
kandung.
Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga
yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan
rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin
dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak
di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak
mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak
sempat ke klinik.
Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.
Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.
Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.
**Apa motif penulis molah berita tok?? mun mok molah berita pasal rakyat Sarawak...polah lok kajian..dapatkan info² / fakta² yang betul..tok macam main sukati jak...
**Tok reaksi dari kamek orang...orang Sarawak!!
klik untuk besarkan gambar
**Mintak pihak yang berkenaan untuk ambik perhatian benda tok...tok dah melibatkan sensitiviti rakyat Sarawak!
**Nang Bujat penulis berita ya!!!!
Monday, March 5, 2012
Sumber Air Di Sungai Liku, Miri Tercemar!!
Lapisan minyak diesel di permukaan air.
LAKU tutup loji perawatan air serta-merta selepas tumpahan diesel cemari Sungai Liku
MIRI: Lebih 300,000 penduduk di bandar raya Miri dan Daerah Bekenu semalam terjejas bekalan air bersih selepas sumber air di Sungai Liku tercemar oleh tumpahan minyak diesel daripada tangki simpanan minyak sebuah syarikat swasta yang terletak dua kilometer dari sungai tersebut.
Dianggarkan, sejumlah 14,000 liter minyak diesel yang digunakan untuk proses penurapan jalan yang disimpan di dalam tangki milik syarikat berkenaan, tumpah ke tanah dan seterusnya mengalir ke Sungai Liku, selepas saluran tangki tersebut bocor dan tidak disedari oleh para pekerjanya.
Pengurus LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) Kawasan Miri, Lo Su Onn yang ditemui di Loji Perawatan Air LAKU di Lambir semalam memberitahu, pencemaran itu disedari oleh pekerja loji berkenaan pada jam 8.30 malam kelmarin apabila terhidu bau diesel yang kuat dari kawasan pengambilan air.
Sebaik menyedari terdapatnya tumpahan minyak, kakitangan yang bertanggungjawab menyelenggara loji ketika itu bertindak menutup operasi loji serta-merta bagi mengelak air yang telah tercemar terus memasuki kawasan penapisan dan rawatan.
“Pihak kami mula mencari punca pencemaran awal pagi tadi (semalam) dan mendapati punca tumpahan adalah daripada sebuah syarikat membuat tar jalan. Serentak itu, kita memaklumkan kepada pasukan bertindak mengenai tumpahan minyak untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya.
“Sekarang (pagi semalam) kita bergantung kepada sumber bekalan air yang sudah dirawat di loji tangki simpanan sedia ada untuk membekalkan air kepada penduduk Miri.
“Namun, jumlah air bersih yang disimpan di tangki berkenaan agak terhad. Ia menyebabkan kita terpaksa mengurangkan penyaluran air untuk penduduk di bandar raya Miri mulai tengah hari supaya bekalan air tidak putus,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Lo, bukan mudah bagi pihaknya membersihkan pencemaran itu kerana tumpahan minyak terbabit sudah meresap ke dalam tanah dan mengalir di sepanjang sungai tersebut.
LAKU, katanya, terpaksa mengepam air dari Sungai Bakong untuk disalurkan ke Sungai Liku bagi membersihkan tumpahan minyak di sepanjang kawasan hulu sungai berkenaan.
Tambahnya, bekalan air dijangka pulih jam 8 malam ini.
Sementara itu, Pasukan Bertindak Kecemasan bagi Tumpahan Minyak daripada Sarawak Shell Berhad (SSB) yang diketuai oleh Pegawainya, Martin Entamin dan Petronas Carigali yang diketuai oleh Zaffeer Ahmad Kiprawi turut tiba di loji bersama peralatan untuk menampan serta menyedut tumpahan minyak.
Kedua-dua pasukan turut dibantu oleh anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berada di kedua-dua lokasi iaitu loji perawatan air dan punca tumpahan minyak.
Peralatan menyedut minyak terkini, ‘Mantaray’ terpaksa digunakan dalam operasi tersebut.
Sehingga jam 5 petang semalam, kerja-kerja menghalang tumpahan dan pembersihan di loji perawatan masih dilakukan.
Turut berada di lokasi meninjau keadaan ialah Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin.
Dalam pada itu, penduduk di Miri mulai mengalami ketiadaan bekalan air bersih sekitar jam 1 petang semalam, sekali gus menyebabkan ramai penduduk terpaksa membeli air mineral yang dibotolkan.
Berita ketiadaan air yang diuar-uarkan menerusi laman sosial, media elektronik telah menyebabkan pembelian panik air mineral yang dibotolkan, sehingga barisan panjang di beberapa buah pasar raya.
Tinjauan Utusan Borneo turut mendapati beberapa buah premis kecil dan pasar raya telah kehabisan stok air mineral.
Di kawasan Pujut 7, air mineral dijual di tepi jalan seperti menjual buah durian sehingga menimbulkan kesesakan jalan raya kerana diserbu orang ramai.
Berita lebih lanjut di: http://www.theborneopost.com
Wednesday, February 1, 2012
"Bunyi Aneh di Kota Samarahan" adalah bunyi dari kilang minyak sawit? || "Strange sound at Kota Samarahan" is sound from palm oil mill?
Gambar Hiasan
Tok da update pasal bunyi aneh yang kedengaran di kota samarahan pada 11 & 12 januari 2012 riya. Menurut kajian yang telah dipolah cdak Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) bunyi ya tek tegal aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap,Kota Samarahan,Sarawak.
Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit dah molah beberapa kaedah siasatan seperti menemu bual saksi-saksi kejadian,mengenal pasti sumber potensi
punca bunyi,membuat siasatan berkaitan,mendapatkan khidmat pakar
tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas
yang diterima dari orang ramai.
Penolong Pengurus kilang sawit ya, Yusmizan Des madah "pihak
kilang menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang
secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan
dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan
bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk
setempat.Pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan
mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa
aktiviti pemprosesan kelapa sawit."
Corong lepasan wap tek cun nuju arah kampung tempat saksi nengga bunyi ya. Cdak da molah demonstrasi balit penghasilan bunyi pelepasan wap dandang ya tek oleh pihak kilang telah disaksikan dikpun oleh jawatankuasa ngan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses ya ngan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum tok.
Corong lepasan wap tek cun nuju arah kampung tempat saksi nengga bunyi ya. Cdak da molah demonstrasi balit penghasilan bunyi pelepasan wap dandang ya tek oleh pihak kilang telah disaksikan dikpun oleh jawatankuasa ngan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses ya ngan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum tok.
Tapi cdak masih molah siasatan untuk mendapatkan bukti secara saintifik pakey mengesahkan agik punya bunyi ya tek. so setakat tok..penduduk Kota Samarahan sik perlu la binggong gik pasal bunyi ya.
Petikan berita dari theborneopost.com :
Rumble just sound from palm oil mill, after all
Posted on February 1, 2012, Wednesday
It said the whistling sound was due to steam which the factory released to the air in the wee hours of Jan 11 and 12 when it was in operation.
This was confirmed by the deputy general manager of the factory Yusmizan Desa when a team of investigators from the department, National Space Agency and Meteorological Department came to see him.
However Deputy Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Fadillah Yusuf in a press statement yesterday said he was still cautious.
He described the explanation provided by his team of investigators and the factory located at Kampung Endap as only based on their initial finding.
The probe was made following public queries and suspicions that it was supernatural.
Among the claims by residents were that the sounds were linked to an earthquake that occurred on Jan 11 in Sumatera and effects of the High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) conducted by the US to study change of weather pattern.
The probe team, Fadillah said, used various methodologies including interviewing witnesses, identifying the possible sources, getting opinions from local experts over the sounds, getting feedbacks from the residents again and follow-ups.
The factory was also required to conduct several demonstrations of the processes they did on Jan 11 and 12.
The rumble in the sky was the talk of the town and various versions were put forward by residents when explanation was not done immediately.
Read more: @ theborneopost.com
Tuesday, January 31, 2012
Benak Ngap Sayot || The Ngap Sayot Wave
Benak Ngap Sayot || The Ngap Sayot Wave
As salamu'alaikum...Selamat Pagi smua (^_^). Aritok ku mok klaka pasal fenomena baru (sik la baru gilak..sebelum tok pun dah ada haha..) nok berlaku di Stadium Negeri Sarawak..."Benak Ngap Sayot" atau pun dalam bahasa omputeh "The Ngap Sayot Wave".
Mesti sengah-sengah orang kita sik tauk pa kes ya..hahaa..sapa-sapa da gi Stadium Negeri Sarawak time Sarawak lawan N9 minggu riya tek kompom tauk..bukan setakat tauk..join skali molah benak "Wave" ya. Cerita sikit asal usul "Wave" tok lok...di "North American" sidak nyebut "The Wave" tapi sidak luar dari "North American" nyebut nya "The Mexican Wave". Kita biasa nyebut Mexican Wave nak...sebab first skali aksi "Wave" tok dipolah time orang main bol ialah time FIFA World Cup 1986 di Mexico, sebab ya lah kebanyakkan kita madah aksi "Wave" ya "Mexican Wave".
Oklah..ya jak la cerita asal usul "Wave" ya tek..mun mok tauk lebih gik..sila baca "Wave (audience)" ku just ambik ckit jak sejarah asal "Wave" ya tek :) . Apa yang penting di Sarawak dah da "Wave" juak..."Benak Ngap Sayot" or "The Ngap Sayot Wave" smua tok patut berterimak kaseh banyak-banyak ngan supporters pasukan Sarawak!! kitak orang smua nang best supporters la.. (^_^) harap-harap kitak orang terus berik sokongan padu ngan team Ngap Sayot kita!.
Benak Ngap Sayot dah ada lagu??...da soalan ckit...sapa maseh da nyimpan lagu "Ngap Sayot" Sarawak lamak dolok? tauk kitak orang lagu "Ngap Sayot" zaman Awg Mahyan ngan Alan Vest dolok nak? slalu main lam radio Sarawak setiap kali sebelum live lam radio sarawak start. Mun sapa-sapa yang ada pernah rakam lagu ya...boleh share sik? upload lam youtube or polah lam mp3. Mun dapat nyanyi lagu "Ngap Sayot" ya di Stadium...baruk semangat "Ngap Sayot" dolok benar-benar balit!!.
Stakat tok jak lok...klak update gik (^_^) jom layan Video "Benak Ngap Sayot" || "The Ngap Sayot Wave"
video tok di upload oleh duit88 on Jan 29, 2012 (Terimak Kaseh banyak² duit88!!)
**Nama wave "Benak Ngap Sayot" || "The Ngap Sayot Wave" ya tek bukan official nama wave ya ok :) just pakey aku nulis blog tok jak...idea asal "Benak" ya dari video duit88 tek :)
ENCANG NGAP SAYOT ENCANG
Thursday, October 28, 2010
Karnival Jalur Lebar 1 MALAYSIA




KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA
Masa : 10:00 pagi hingga 7:00 petang
Tarikh & Tempat berlangsung karnival :
30 & 31 Oktober 2010 :- Padang Merdeka Kuching, Sarawak
06 & 07 November 2010 :- Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah
12 & 13 November 2010 :- Pulau Warisan Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh & Tempat berlangsung karnival :
30 & 31 Oktober 2010 :- Padang Merdeka Kuching, Sarawak
06 & 07 November 2010 :- Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah
12 & 13 November 2010 :- Pulau Warisan Kuala Terengganu, Terengganu
Jom ramai-ramai memeriahkan karnival ini..pelbagai aktiviti menarik sambil anda belajar!!.
i) Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan :
ii) Pameran Kandungan Kreatif Tempatan
iii) Bengkel Kesedaran Jalur Lebar
iv) Bengkel Permainan Dalam Talian
v) Komik,Cosplay&Permainan Konsol
vi) Pameran Anime
vii) Inisiatif Satu Juta Komputer Riba oleh SKMM
viii) Konsert Jalur Lebar 1MALAYSIA
viiii) Kemunculan Istimewa : Skuad BB, Maskot BB Ikon, 'Kembara Jalur Lebar 1MALAYSIA'
**PROMOSI ISTIMEWA JALUR LEBAR
Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari www.broadband.my
Thursday, March 12, 2009
BERMUKUN @ BerTandak @ BerGendang
Mesti korang pernah terdengar perkataan tu kan? Sebenarnya di Semenanjung pun ada aktiviti bermukun, tetapi hanya di beberapa tempat dan bermukun di semenanjung berbeza daripada di Sarawak.
Bermukun atau bergendang telah lama bertapak di bumi Sarawak. Terdapat dua elemen penting yang mesti ada dalam bermukun, iaitu seh gendang (tukang gendang – selalunya 3 orang - wanita) dan penopeng (tukang tandak). Kadang-kadang ditambah pemain violin (akordian juga digunakan) sebagai penyeri irama. Bermukun ini saya lihat seperti aktiviti berbalas pantun antara penyanyi lelaki dengan seh gendang sebentar tadi. Cuma bezanya, pantun ini dilagukan. Terdapat beberapa lagu yang biasa digunakan dalam bermukun, tapi yang dapat saya ingat lagu selendang mayang (xpasti) sahaja.

Pada zaman dahulu, bermukun selalu di buat pada malam perkahwinan. Ramai orang daripada pelbagai tempat akan datang. Ada satu perkara yang menarik tentang bermukun pada zaman dahulu. Tempat seh gendang ditutup oleh dua kain sehingga hanya menampakkan mata sahaja. Pada masa bermukun, selalunya golongan lelaki akan memandang seh gendang, dan kalau mereka berminat, insyaAllah ada lagi kenduri kahwin nanti. Maksudnya aktiviti bermukun ini juga boleh menjadi salah satu cara mencari jodoh. Dalam lagu bermukun, tema yang selalu digunakan adalah mengenai kasih dan cinta. Jadi, apabila lelaki ini memberi pantun yang bertanyakan samada si perempuan ini sudah berpunya dan si perempuan menjawap belum (dalam format lagu bermukun la), waktu itulah lelaki ini akan cuba menyunting si perempuan ini. Namun, pergaduhan sering berlaku sewaktu bermukun dijalankan. Banyak faktor yang menyumbang kepada pergaduhan, antaranya: berebut wanita, permusuhan antara kampung dan banyak lagi. Pergaduhan ini kadang-kadang membawa kepada berbunuhan dan dendam. Oleh itu, pada masa sekarang banyak kampung tidak melakukan bermukun sebelum hari perkahwinan.
Pada hari ini, bermukun labih banyak dibuat di majlis-majlis keramaian. Tetapi, konsepnya sedikit berbeza dengan bermukun pada zaman dahulu. Seh gendang tidak lagi ditutup dengan dua kain (kalau pertandingan, masih ada), mungkin kerana hanya orang-orang veteran sahaja yang menjadi seh gendang (maafkan saya), namun itulah hakikatnya. Golongan muda zaman ini kurang mengikuti aktiviti bermukun. Walaubagaimanapun, banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang menghargai budaya warisan ini. Antaranya, anda boleh mendengar mukun secara live menerusi siaran bermukun di Sarawak FM, setiap Sabtu pada jam 10 malam. Untuk yang tidak dapat mendengar, jangan risau, anda boleh download contoh lagu bermukun menggunakan link di bawah. Akhir kata, sama-samalah kita menjaga khazanah warisan bangsa ini supaya tidak lupus dimamah zaman.
Download contoh lagu bermukun
Download video bermukun (short)
WEB Video Sidak Bertandak kat Umah aku
Bertandak
Subscribe to:
Posts (Atom)











