Showing posts with label INDONESIA. Show all posts
Showing posts with label INDONESIA. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

NAMA Oki Setiana Dewi tentunya sudah tidak asing di kalangan penonton tempatan. Apatah lagi, bagi yang sudah menonton lakonannya dalam filem dan sinetron popular Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) karya Habiburrahman El Shirazy. Watak Anna Althafunnisa nyata cukup mempopularkan Oki.

Baru berusia 23 tahun, gadis yang tampil menutup aurat ini matang berbicara.
Setiap patah katanya, jelas menonjolkan dia seorang yang berilmu. Tanpa berlindung, Oki memaklumkan kedatangannya ke negara ini adalah untuk berkongsi kisah penghasilan dua novel karyanya dan pengalaman sebagai penulis.


Menghasilkan novel Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi dan Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi, anak kelahiran Batam, Indonesia itu yang ditemui pada majlis ramah mesra bersamanya di Spice Garden, Chulan Square, Kuala Lumpur kelmarin, mengakui sambutan yang diterimanya sangat baik.

“Novel pertama, Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi mengisahkan perjalanan hidup saya daripada seorang gadis biasa sehinggalah dikenali ramai selepas membintangi filem KCB. Dalam setahun penjualannya di Indonesia, novel ini menjadi antara karya yang laris di pasaran dan sudah lapan kali cetakan semula.


NUKILAN SAYA...Oki menunjukkan dua novel tulisannya, Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi dan Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi.

“Manakala, novel Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi pula baru tiga bulan berada di pasaran Indonesia dan sudah empat kali cetakan semula. Saya sangat bersyukur dengan penerimaan baik pembaca terhadap kedua-dua novel ini yang dihasilkan menerusi pengalaman yang pernah saya lalui.

“Bagi novel Sejuta Pelangi, saya menulis kisah diri ini bersama masyarakat.
Antaranya, pengalaman mendekati seorang kanak-kanak pesakit kanser, bertemu orang di rumah sakit jiwa serta banduan yang dipenjarakan. Berada di sisi mereka, saya tidak menyangka golongan ini cukup tabah menghadapi dugaan Tuhan.


TENANG...Oki ramah memberi jawapan pada setiap soalan wakil media kepadanya.

“Mereka memberi saya inspirasi dan pengajaran dalam hidup. Ia membuatkan saya mahu lebih memahami agama yang dianuti dan dekat dengan Sang Pencipta. Justeru, dengan sokongan baik yang diterima daripada golongan banduan, saya mengambil inisiatif menganjurkan kelas mengaji al-Quran di penjara.

“Aktiviti ini (ajar mengaji) sudah saya lakukan beberapa bulan yang lalu. Bagi saya, daripada menghabiskan masa dengan hanya mengambil gambar bersama saja adalah lebih baik diadakan majlis ilmu yang memberi manfaat untuk kami semua.

Secara tidak langsung, saya dan mereka (banduan) dekat dengan Allah,” katanya.

Oki yang bertudung pada usia 16 tahun berkata, atas sambutan baik diterimanya, dia akan melancarkan novel ketiga Cahaya Di Atas Cahaya tidak lama lagi.

Katanya inspirasi untuk penghasilan novel itu diperoleh ketika dia melanjutkan pengajian selama sebulan di Universiti Ummul Qura, Makkah pada Februari lalu.

Mengakui dirinya seorang yang begitu cintakan ilmu, Oki menyifatkan semakin dia gigih mencari ilmu, sebenarnya masih banyak yang belum diketahui. Ujar anak sulung daripada tiga beradik ini, ilmu Allah itu cukup luas dan takkan pernah habis diperoleh. Katanya dia akan sentiasa terus belajar.

Berbicara mengenai watak Anna Althafunnisa lakonannya, Oki berkata sudah empat tahun dirinya cukup dikenali peminat dengan nama itu. Jelasnya, dia tidak kisah dipanggil Anna sampai bila-bila pun. Menurut Oki, dia menjadi sangat jatuh cinta pada agama Islam yang dianuti sejak mendapat peluang membintangi KCB.


CINTA ILMU...Oki lanjutkan pengajian di Universiti Ummul Qura, Makkah pada Februari lalu selama sebulan.

“KCB membawa impak yang besar dalam diri saya terhadap agama. Saya sentiasa berdoa kepada Allah dan berusaha mahu menjadi manusia yang baik. Saya bersyukur dipilih melakonkan watak Anna dalam KCB yang cukup memotivasikan diri ini.
Memang impian saya pun menjadi Anna di dunia yang nyata.

“Sebelum berlakon dalam KCB, saya sudah pun membaca novelnya. Saya suka dengan watak Anna itu yang digambarkan sebagai seorang wanita yang baik. Malah, apabila diberi kepercayaan melakonkannya, saya banyak pula belajar mengenai ilmu rumah tangga walaupun saya belum berkahwin,” katanya.

Menerusi KCB juga, Oki meraih anugerah Pendatang Baru Wanita Terbaik Indonesian Movie Award 2010 dan Pendatang Baru Wanita Favorit Indonesian Movie Award
2010. Pun begitu, sikap Oki yang profesional membuka peluang untuk wakil media mengetahui sedikit kisah peribadinya seperti impian perkahwinan.

Oki berkata, dia adalah seorang wanita yang berharap dapat bertemu jodoh pada usia muda. Katanya, dia bersyukur sekiranya impian itu tertunai dan calon terpilih pula direstui kedua-dua ibu bapanya.

Sehubungan itu, lakonan Oki boleh disaksikan penonton dalam pakej Indo Pek
di Saluran Bintang (141) dan Pelangi (142).

Wednesday, January 26, 2011

Jejak-jejak UFO di Yogyakarta

Bulatan misteri di Dusun Wanujoyo, Yogyakarta


Berikut adalah petikan berita dari Kosmo Online 26-01-2011 :


YOGYAKARTA, Indonesia - Belum reda kekecohan mengenai bulatan tanaman yang dipercayai jejak objek terbang tidak dikenali (UFO) di Sleman, kelmarin, warga Yogyakarta kembali digemparkan dengan penemuan satu lagi bulatan misteri, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bulatan misteri kedua itu bercorak geometri yang baru itu ditemui di Dusun Wanujoyo Kidul, Desa Srimartani Kecamatan Piyungan, Kabupaten Bantul, Yogyakarta.

Ia terletak lima kilometer dari bentuk bulatan pertama yang ditemui di sawah padi di Sleman tetapi ukurannya pula lebih kecil.

"Saya sedang mencari rumput, saya lihat banyak padi yang landai dan membentuk bulatan," kata seorang pemuda Harjono, yang menemui corak bulatan misteri itu.

Ia dipercayai terbentuk lebih lima hari berdasarkan sebahagian padi yang rebah sudah mula tegak berdiri.

Lebih menghairankan, padi yang rebah itu juga tidak patah.

Menurut seorang penduduk tempatan Tukijo, 53, yang tinggal dalam jarak sekitar 100 meter dari tempat corak aneh itu ditemui, dia tidak mendengar bunyi suara atau melihat cahaya sebelum lingkaran itu ditemui.

"Tiada sebarang tanda-tanda ganjil sebelum bentuk bulatan itu ditemui," katanya.

Kawasan itu kini dipagari dengan garisan polis bagi mengelak dipijak oleh orang ramai yang berpusu-pusu tiba kerana mahu melihat fenomena tersebut.

Sementara itu, beribu-ribu orang membanjiri daerah Sleman semalam semata-mata untuk melihat sendiri bulatan misteri yang pertama.

Bulatan itu memiliki corak seperti bunga dengan luas sekitar 70 meter.

Ia kini menjadi tumpuan orang ramai sehingga polis terpaksa memagari kawasan itu dengan menggunakan pita berwarna kuning bagi menghalang bulatan itu dipijak oleh orang ramai.


Beberapa peniaga menjual lukisan bulatan misteri di Sleman, Yogyakarta semalam.

Beberapa penduduk kampung di Sleman pula mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran kepada orang luar yang datang untuk melihat bentuk misteri itu.

Ketua kampung Jogotirto tempat corak aneh itu ditemui, Guntur Purwanto berkata, bulatan itu muncul di tengah-tengah sawah bendang pada Ahad lalu.

Antara yang hadir semalam dan turut memberikan pendapat mengenai bentuk itu ialah beberapa pegawai dari agensi angkasa lepas Indonesia, ahli-ahli astronomi dan pegawai-pegawai agensi nuklear.

Kesemua mereka bagaimanapun, bersetuju bentuk misteri itu bukan disebabkan UFO. - Agensi


**Rakan² ku di Yogyakarta...kalau ada gambar-gambar mengenai kisah UFO ini..minta share disini ya ^_^

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA Juara Piala Suzuki AFF 2010 & Jumaat Cuti Umum!!


Final Piala Suzuki AFF: Malaysia akhiri kemarau 14 tahun
29/12/2010 10:27pm

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. - Utusan


Jumaat cuti umum

29/12/2010 11:38pm

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.


Info dan berita diatas dipetik dari Utusan Malaysia Online ^_^

Sunday, December 26, 2010

Keputusan Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010 MALAYSIA lwn INDONESIA

MALAYSIA

INDONESIA


Pasti ramai yang mengetahui..keputusan Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010 diantara Malaysia dan Indonesia malam ini tadi..dimana Malaysia berjaya membenam Indonesia denganjaringan 3 - 0.

Babak separuh masa pertama melihatkan permainan yang agak seimbang walaupun pasukan Malaysia banyak bertahan menggekang asakkan serangan dari pasukan Indonesia.

Diseparuh masa kedua pasukan Indonesia berhasil membocori gawang gol Malaysia tetapi Gonzales terlebih dahulu ditangkap offside.

Perlawanan terpaksa dihentikan seketika apabila Penjaga Gol Indoneisa Markus mengatakan bahawa matanya dipancarkan dengan pancaran "Laser" oleh penyokong pasukan Malaysia. Balingan mercun oleh penyokong menambahkan lagi kekecohan sehingga memaksa Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah turun padang untuk meredakan keadaan.

Selepas perlawanan disambung kembali pasukan Malaysia yang melakukan asakan akhirnya berjaya membolosi gawang Indonesia. Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke-60 hasil hantaran Shahrul didalam petak penalti.


Tujuh minit kemudian giliran Mohamed Ashari membuat rembatan cantik pada minit ke 67 membolehkan Malaysia mendahului 2-0 mengatasi Indonesia.


Kemudian pada minit ke-72 Safee Sali yang tidak dikawal melakukan tandukkan kencang yang terus menerjah gawang Indonesia untuk memberikan gol ke 3 untuk Malaysia.


Pasukan Indonesia yang melakukan asakan pada minit-minit akhir perlawan bagaimanapun gagal menembusi gawang Malaysia.

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana memenangi perlawanan final pertama ini..semoga di final kedua nanti pasukan Malaysia akan mampu melawan gelora penyokong pasukan Indonesia.

MALAYSIA BOLEH!!!